Tak Cukup Dengan Pukul Pakai Helmet, Lelaki Ini Turut Bakar Bulu Anjing Peliharaannya

Baru-baru ini seorang lelaki warga Singapura telah menerima kecaman hebat daripada warganet ekoran tindakannya memuat naik rakaman video penderaan haiwan yang dilakukannya.

Dalam rakaman terbabit, lelaki yang dikenali sebagai Samuel melalui akaun Facebooknya itu dilihat sedang memukul seekor anjing baka Pomeranian dengan menggunakan sebuah topi keledar. Anjing yang juga merupakan haiwan peliharaan lelaki terbabit berjaya melarikan diri daripada terus dibalun tuannya.

Namun begitu, penderitaannya tidak berakhir di situ sahaja apabila lelaki berkenaan mengekorinya sambil membawa sebatang pemetik api.

Lelaki yang tidak berhati perut itu kemudiannya membakar bulu haiwan peliharaannya itu sebanyak tiga kali.

Meskipun rakaman terbabit sudah dipadam oleh Facebook, lelaki berkenaan telah memuat naik semulavideo terbabit. Hanya dalam masa satu jam, rakaman berkenaan telah mendapat lebih 1,400 perkongsian malah turut mengundang kecaman warganet.

Apabila Samuel menyedari perhatian yang diterimanya di laman sosial Facebook, lelaki tersebut tidak segera meminta maaf. Malah, dia terus memprovokasi orang ramai dengan memuat naik satu posting di akaun peribadinya.

Posting provokasi lelaki itu sekali lagi dikecam teruk warganet yang menyelar perbuatan kejamnya. Ada juga sesetengah warganet yang berasa risau ekoran lelaki terbabit berkata dia mempunyai lebih daripada seekor haiwan peliharaan.

Rakaman video terbabit telah sampai ke pengetahuan Society for the Prevention of Cruelty to Animals (SPCA) yang menggesa tindakan lanjut segera diambil oleh pihak berkuasa.

Menurut polis, penderaan haiwan tersebut disyaki dilakukan di Thailand.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca