“Tak Boleh Dekat-Dekat,” Warganet Cair Lihat Perkongsian Foto Agong Dan Permaisuri Agong Di Instagram

Semalam, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah berkongsi hantaran di Instagram bersama dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian daripada warganet yang rata-rata cair melihat baginda berdua kelihatan begitu romantik dan comel.

View this post on Instagram

tak boleh dekat2 ….. social distancing ….

A post shared by SPB Raja Permaisuri Agong (@airtangan_tunkuazizah) on

Dalam perkongsian itu, dilihat baginda berdua melakukan penjarakan sosial sambil berpegangan tangan.

“Tak boleh dekat-dekat, social distancing,” titah baginda.

Hantaran tersebut telah menerima reaksi positif daripada warganet:

Umum sudah tahu, baginda Yang di-Pertuan Agong dan Permaisuri Agong memiliki keperibadian yang sangat murni serta berjiwa rakyat. Jadi tidak terkejutlah apabila perkongsian foto ini menerima reaksi yang besar daripada warganet.

Setakat ini, hantaran itu menerima tanda suka sebanyak 104,462 daripada warganet.

View this post on Instagram

selamat hari raya aidil fitri , maaf zahir dan batin

A post shared by SPB Raja Permaisuri Agong (@airtangan_tunkuazizah) on

Untuk membaca artikel lain berkaitan YDPA dan Permaisuri Agong, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca