Taiwan Bayar Pampasan Sebanyak RM300 Ribu Kepada Keluarga Irene Chung

Pihak berkuasa Taiwan telah bersetuju untuk membayar pampasan kepada ahli keluarga Irene Chung sebanyak RM300,000 susulan kes pembunuhan pelajar Malaysia itu oleh seorang lelaki tempatan di Tainan, Taiwan pada 28 Oktober 2020.

Menurut China Press, keluarga mangsa berhak mendapat pampasan selari dengan Artikel 6 Akta Perlindungan Mangsa Jenayah di bawah undang-undang Republik China.

Ahli keluarga Irene Chung yang berasal dari Sibu, Sarawak akan diberikan lebih daripada 2 juta TWD (kira-kira RM300,000) untuk menampung perbelanjaan pengebumian mangsa.

Jumlah wang tersebut juga meliputi perbelanjaan untuk sokongan dan gangguan emosi terhadap keluarga mangsa.

Oktober tahun lalu, Irene Chung, pelajar Universiti Chang Jung Christian (CJCU) di Tainan telah dibunuh ketika dalam perjalanan pulang ke asramanya.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan Irene Chung sebelum kejadian. Sumber: SAYS

Seorang suspek lelaki berusia 28 tahun yang bernama Liang telah mengaku melakukan jenayah tersebut.

Sumber: Free Malaysia Today

Dia dilaporkan memaksa mangsa memasuki sebuah kereta dan mendakwa telah melilit tali di leher mangsa tetapi secara tidak sengaja mengetatkannya.

Namun, dia kemudiannya mengaku bahawa dia mencekik mangsa setelah memaksa aktiviti seksual ke atas Irene Chung.

Presiden Taiwan, Tsai Ing-wen, telah menyatakan permohonan maaf kepada anggota keluarga Irene Chung dan juga rakyat Malaysia.

Berikutan kejadian itu, peguam keluarga mangsa mendedahkan bahawa pada November 2020, Presiden Taiwan itu akui telah melakukan kecuaian yang menyebabkan kematian Irene.

Peguam Yap Hoi Liong mengatakan tahun lalu bahawa kematian mangsa dapat dielakkan sekiranya pihak universiti bertindak atas aduan yang mencatatkan suspek berusia 28 tahun yang cuba melakukan perbuatan yang sama pada 29 September 2020.

Susulan perkara itu, presiden bagi universiti yang berpusat di Tainan, Lee Yung-lung, diikuti dengan Dekan Hal Ehwal Pelajar, Tu Chia-ling dan Dekan Hal Ehwal Umum, Yen Yi-wen telah meletakkan jawatan pada lewat Disember tahun lalu.

Untuk baca artikel berkaitan lain, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca