Tahukah Anda Tahap Kesihatan Boleh Ditentukan Melalui Najis? Ini Adalah 8 Bentuk Najis Yang Patut Anda Ketahui

Membuang air besar merupakan perkara yang penting untuk kesihatan kerana ia adalah cara semula jadi untuk mengeluarkan toksik serta bahan-bahan kumuhan yang tidak diperlukan dalam badan.

Selepas badan menyerap nutrien daripada makanan yang dimakan, sisanya akan menjadi bentuk najis. Normal untuk setiap orang membuang air besar sekurang-kurangnya sekali sehari untuk penghadaman yang sihat. Bentuk, warna dan bau najis adalah petunjuk untuk anda mengetahui apa yang berlaku dalam badan.

Tahukah anda bahawa bentuk dan tekstur najis boleh menentukan tahap kesihatan penghadaman seseorang? Memang agak janggal jika kita mahu melihat hasil buangan kita di dalam mangkuk tandas.

Tetapi percayalah, dengan mengambil tahu bentuk dan tekstur najis, kita akan mengetahui keadaan usus dan penghadaman kita dengan lebih baik. Kita juga boleh mengatur gaya pemakanan yang sihat supaya usus dan penghadaman boleh berfungsi dengan baik.

Berikut merupakan lapan bentuk najis yang perlu diketahui umum.

1. Ketulan keras seperti kacang

Jenis najis ini menandakan bahawa sistem penghadaman anda kurang sihat dan memerlukan lebih serat dan air. Ini juga menandakan bahawa anda mengalami sembelit. Perbanyakkan makan sayur-sayuran, buah-buahan dan air bagi mengelakkan sembelit yang lebih kronik lagi dan masalah berak berdarah.

2. Berbentuk sosej dan lembut seperti pisang

Merupakan bentuk najis yang paling sempurna dan melambangkan seseorang itu mempunyai sistem penghadaman yang sihat. Teruskan memakan makanan yang mempunyai serat yang tinggi dan mengekalkan usus yang sihat.

3. Cair

Ini mungkin disebabkan oleh beberapa jenis jangkitan dan diarrhoea adalah cara badan melakukan pembersihan. Pastikan minum banyak air untuk menggantikan semula cecair yang hilang atau anda akan mengalamai dehidrasi.

4. Berbentuk sosej tetapi sedikit berketul

Sembelit yang tidak serius tetapi perlu memastikan anda minum air yang banyak dan cukup serta mengambil lebih banyak serat. Antara makanan yang mempunyai serat yang tinggi adalah pisang.

5. Gumpalan lembut

Bentuk najis yang normal untuk membuang air besar lebih daripada dua kali sehari.

6. Berbentuk sosej tetapi retak

Merupakan bentuk najis yang biasa tetapi retak itu membawa petunjuk bahawa badan anda kekurangan air.

7. Berbentuk tetapi sedikit penyek

Menunjukkan bahawa borderline anda normal tetapi mempunyai tanda-tanda jangkitan yang berkemungkinan terkena diarrhoea.

8. Lembut dan melekat di permukaan mangkuk tandas

Terlalu banyak minyak dalam najis dan berkemungkinan sistem penyerapan bermasalah. Penyakit seperti pankreatitis menghalang tubuh daripada menyerap lemak dengan baik. Seeloknya berjumpa dengan doktor untuk mengetahui tentang masalah dengan lebih lanjut.

Penulis:

  • Nurul Izzah Faiz Binti Mohd Sudin¬†adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri (FiTA) UiTM.

Untuk membaca lebih banyak artikel lain berkaitan kesihatan, klik pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca