Tahukah Anda, Mengapa Limau Mandarin Dimakan Pada Tahun Baru Cina Sahaja?

Tidak lama lagi masyarakat Cina akan merayakan tahun baru. Pada hari itu, mereka akan melakukan pelbagai perkara yang telah menjadi tradisi pada setiap tahun apabila tibanya Tahun Baru Cina.

Pelbagai tradisi tradisional masih diamalkan supaya sentiasa terjaga. Salah satu tradisi yang tidak sepatutnya hilang adalah mempersiapkan makanan yang mesti ada pada perayaan Tahun Baru Cina. Seperti apa yang kita tahu, masyarakat Cina sememangnya simbolik dengan buah oren dan ia telah menjadi tradisi masyarakat ini di seluruh dunia. Namun, apakah falsafah di sebalik pemilihan buah-buahan ini?

Buah-buahan yang dijamu pada Tahun Baru Cina bukan hanya sekadar simbol sahaja, tetapi ia sememangnya untuk menyegarkan kehidupan. Apabila tiba tahun baru, mereka akan menyediakan banyak buah, dan mengatur susunannya menjadi menarik. Hal ini kerana, mengikut kepercayaan mereka menyajikan buah-buahan tersebut akan membantu mengurangkan tekanan.

Menghidangkan limau mandarin di Tahun Baru Cina juga dipercayai membawa nasib baik dan kemakmuran pada tahun yang akan datang. Manakala, menyediakan oren ketika Tahun Baru Cina dianggap memberi lebih banyak nasib baik.

Selain itu, ada kepercayaan yang mengatakan akan lebih baik untuk memberi limau mandarin dengan daun. Daun dalam buah oren ini melambangkan panjang umur. Di samping itu, terdapat juga buah-buahan lain seperti anggur dan pomelo yang dianggap membawa nasib baik dan kemakmuran sepanjang tahun.

Tetapi, untuk pengetahuan anda juga, masyarakat Cina tidak akan memberi buah-buahan ini dalam jumlah angka empat. Hal ini kerana, mengikut pantang larang bagi orang Cina, nombor empat dikaitkan dengan kematian.

Sumber: Belang Tarung

Artikel Lain Untuk Di Baca