Tahukah Anda Kenapa Venezuela Paling Sering Disambar Petir?

Tahukah anda negara mana di dunia yang mendapat sambaran petir paling banyak? Ok, penulis ingin berkongsi dengan para pembaca tentang keunikan negara ini. Sebelum itu, penulis ingin menceritakan serba sedikit tentang negara ini. Negara Venezuela merupakan salah sebuah negara yang terletak dalam benua Amerika Selatan, untuk pengetahuan anda, petir menyerang setiap hari dan setiap minit dikawasan Tasik Maracaibo yang berhubung dengan Sungai Cataumbo.

Menurut sumber setiap minit terdapat 28 serangan petir, dan setiap tahun lokasi tersebut mempunyai ribut yang mencetuskan petir. Malah, suasana unik di tasik tersebut menghasilkan 1.2 juta serangan petir setiap tahun dan dapat dilihat dari jarak 400 km.

Untuk makluman anda, Tasik Maracaibo telah memenangi rekod dunia kerana berjaya mengalahkan Kifuka, sebuah bandar di Congo, Afrika yang hanya mempunyai 250 hari ribut setiap tahun berbandingan dengan Venezuela yang boleh dikatakan berlaku setiap hari.

Beberapa orang saintis telah melawat Catatumbo untuk menerangkan mekanisme di sebalik petir istimewa ini. Melchor Bravo Centeno mengatakan bahawa petir mungkin disebabkan oleh peredaran angin tertutup di rantau ini. Terdapat dua tembok gunung yang mengehadkan tiga kawasan di kawasan Tasik Maracaibo. Semasa musim panas, udara akan menjadi lebih lembap dari Caribbean, ia akan menuju ke Tasik Maracaibo dengan keadaan tidak terkawal.

Udara tersebut kemudian bertemu udara sejuk dari Andes dan ditolak. Wap air yang ada kemudian mula membebaskan, membentuk awan yang kemudian melepaskan elektrik dan menghasilkan petir.

So, para pembaca dah tahu kenapa Venezuela di kenali sebagai wilayah yang paling banyak berlakunya petir? Penulis harap dengan artikel ini akan membantu anda semua mengetahui serba sedikit tentang keunikan wilayah ini.

Jika para pembaca ingin membaca artikel-artikel yang menarik, para pembaca boleh menyertai Telegram Lejen Press. Di dalam telegram tersebut mempunyai pelbagai artikel yang dapat membantu para pembaca semua. Insha Allah.

Selamat membaca semua!

Artikel Lain Untuk Di Baca