Kita sedia maklum bunga merupakan hiasan semula jadi yang paling cantik di dalam dunia ini dan menjadi aroma tarikan pada manusia. Bunga sering dikaitkan dengan wanita kerana cantik dan sedap mata memandang.
Keindahan bunga tidak ternilai dan dikagumi ramai, bahkan ia menjadi simbol dalam percintaan. Keindahan bunga ini datang daripada pelbagai benua, saiz dan warna. Tetapi pernahkah anda menilai bunga dengan harga? Kita sering mendengar bunga orkid adalah bunga yang paling mahal namun, anda tidak tahu ada bunga lain juga yang memiliki harga yang tersendiri.
Antaranya adalah:
1. Lisianthus
Eustoma grandiflorum atau dikenali sebagai Lisianthus adalah bunga yang mekar setiap tahun. Ia tumbuh secara semulajadi di kawasan panas Amerika Selatan, Mexico dan Caribbean. Ia juga terdapat pelbagai warna seperti ungu, putih, lavender dan biru. Harga untuk setangkai bunga ini adalah RM16.70.
2. Soffron
Ia sangat terkenal kerana kedudukan harganya yang sangat tinggi daripada harga gram emas. Stigma cerah yang berwarna merah terang digunakan dalam rempah masakan di seluruh dunia. Hal itu menyebabkan harga bunga ini agak bernilai. Harganya boleh mencecah RM4000 untuk satu kilogram bunga.
3.Gold Of Kinabalu
Jika dilihat tumbuhan ini ia agak pelik dan anda mungkin tidak akan menyangka bahawa ia mempunyai nilai yang sangat tinggi. Orkid ini hanya terdapat di Kinabalu sahaja, pada bulan April dan Mei. Harga untuk orkid ini boleh mencecah RM25000.
4. Juliet Rose
Bunga rose ini adalah bunga yang paling mahal harganya. Warnanya hanya satu warna sahaja iaitu peach pucat yang sangat elegan dan dapat memukau semua orang yang memandangnya. Rupanya yang cantik menyebabkan harga untuk bunga ini adalah RM65.9 juta. Ia adalah bunga yang paling mahal di dunia.
Ternyata harga bunga-bunga ini sangat mahal dan harganya boleh dikatakan sama dengan harga rumah serta harga kereta.
Sumber: Pollen Nation