Bagaimana membezakan orang Jepun, Korea, dan China? Perkara ini semestinya menjadi suatu yang menarik terutamanya bagi orang bukan Asia. Jika anda pernah tinggal di Jepun ia sangat penting untuk anda memahami perbezaan di antara Jepun dan budaya orang Asia yang lain.

Berikut adalah beberapa perbezaan yang boleh dilihat di antara orang Jepun, Korea, dan China yang mungkin serba sedikti dapat membantu anda mengenali mereka dengan lebih mendalam.

PERSAMAAN

1. Warna Kulit

Jepun, Korea dan China, seperti yang anda ketahui, mereka memiliki warna kulit yang cerah porselin dan sekata. Jika anda perasan, kulit mereka begitu sensitif terhadap faktor persekitaran dan kesan bahan kimia dari beberapa produk yang boleh mengganggu keseimbangan pH kulit. Oleh sebab itu, mereka amat berhati-hati dalam menggunakan produk. Jadi, ia sangat sukar untuk mengetahui siapa mereka, sama ada orang itu dari Jepun, Korea ataupun China.

2. Bentuk Badan


Terdapat perbezaan bentuk badan dalam kalangan orang Jepun, Korea dan China yang begitu ketara. Sebagai manusia, kita boleh menjadi gemuk, kurus, besar ataupun kecil kerana ini semua bergantung kepada diri sendiri, dari segi pemakanan dan juga gen seseorang itu.

PERBEZAAN

1. Tingkah Laku


Seperti yang kita ketahui, tunduk hormat adalah satu aspek penting bagi setiap budaya di setiap negara. Apa yang membezakan mereka ialah di Jepun dan Korea, tunduk hormat apabila berjumpa antara satu sama lain dalam situasi formal ini menjadi satu perkara yang biasa. Namun di China, mereka lebih suka berjabat tangan sambil mengangguk kepala.

Satu lagi perbezaan adalah dari segi tahap kelantangan mulut mereka. Sebagai contoh, apabila anda memasuki kereta api atau pengangkutan awam lain, orang Jepun dan Korea biasanya akan menjaga tingkah laku dengan berdiam diri atau membuat perkara yang memberi faedah. Namun, orang China tidak, kerana mereka lebih suka bercakap di tempat awam supaya tidak membosankan mereka.

2. Raut Wajah


Dari raut wajah mereka, apabila kita lihat mungkin sama, tetapi jika diperhatikan dengan jelas, terdapat beberapa ciri yang berbeza. Contohnya, bentuk muka Jepun adalah lebih panjang dan luas, manakala muka orang Korea mempunyai rahang yang lebih menonjol dan tulang pipi yang tinggi. Orang China pula, kebiasannya wajah mereka berbentuk bulat.

3. Gaya Pemakaian


Berkenaan pemakaian orang di Jepun, ia sangat mementingkan keseragaman. Oleh sebab itu, apabila mereka berpakaian ia akan melambang identiti negara Jepun. Di Korea, mereka lebih tertumpu kepada fesyen pakaian yang mengikut trend terkini dan lebih bebas, manakala orang China, apa yang membezakan mereka adalah kepelbagaian budaya yang disebabkan oleh puak atau etnik mereka yang terlalu menekankan soal berpakaian yang perlu dipatuhi.

Oleh itu, sebelum anda menganggap orang Jepun, Korea, dan China adalah sama. Anda perlu melihat kepada, budaya dan latar belakang yang akan memberikan anda jawapan yang tepat tentang ketidakpastian dalam diri anda.

Semoga para pembaca dapat memanfaatkan segala informasi yang diberikan dengan sebaik mungkin.

Sumber: Melancong Ke Jepun

Ikuti Kami Di Ruang Internet Anda