Tahniah! Universiti Malaya Berjaya Masuk Dalam Senarai 40 Universiti Terbaik Di Asia

Tahniah diucapkan kepada Universiti Malaya (UM) kerana berjaya masuk dalam Senarai 40 Universiti Terbaik di Asia oleh Times Higher Education (THE) sekali lagi.

Kali ini dalam Kedudukan Universiti Dunia 2019, Universiti Malaya berjaya menduduki tangga yang ke-38 di antara 400 universiti lain di Asia, meningkat dari tahun sebelumnya iaitu di kedudukan ke-46.

Sumber: nst.com

Phil Baty, editor Times Higher Education berkata, pretasi UM meningkat disebabkan penambahbaikan dalam skor persekitaran pembelajaran, kesan petikan (citation impact), pendapatan industri dan peningkatan besar dalam skor pandangan antarabangsa.

Beliau juga berpendapat bahawa banyak universiti di Malaysia semakin meningkat pada tahun ini. Antara universiti tempatan lain yang termasuk dalam senarai tersebut ialah Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Sains Malaysia (USM).

Kebanyakan 10 universiti teratas di Asia adalah dari negara China. Universiti Tsinghua berada di tangga pertama manakala tempat kedua dimiliki oleh Universiti Kebangsaan Singapura yang juga mendapat kedudukan yang ke-23 di dunia.

Tahniah diucapkan kepada universiti tempatan yang termasuk dalam senarai tersebut. Semoga banyak universiti tempatan yang lain tersenarai pada tahun hadapan.

Artikel Lain Untuk Di Baca