Tahap Oksigen Tidak Stabil, Siti Sarah Sudah Ditidurkan

Pengurus Siti Sarah Raisuddin iaitu Nana Mohamad Rom menyatakan bahawa penyanyi ternama tanah air itu sudah ‘ditidurkan’ dalam rawatan intubasi.

Sumber: Instagram Siti Sarah Raisuddin

Memetik laporan Harian Metro, Nana turut berkata bahawa majlis bacaan Yassin yang dipimpin oleh Imam Muda Asyraf diadakan pada tengah hari ini sebagai alternatif bagi mendoakan kesejahteraan penyanyi berkenaan.

“Sarah sudah ditidurkan. Minta tolong doakan dia. Ini adalah inisiatif kami sebagai rakan-rakan untuk pinjamkan kekuatan kepada Sarah dan juga bayi di dalam kandungan beliau. Insya-Allah, Allah SWT akan mendengar rintihan dan permintaan kita,” ujarnya.

Sumber: Instagram Shuib Sepahtu

Indigital Music iaitu syarikat yang menaungi Siti Sarah turut memuat naik satu hantaran di laman Instagram dengan berkata, “Apa yang paling mengharukan, doktor memaklumkan bahawa paras oksigen Sarah semakin baik sebaik sahaja tamat bacaan Yassin. Pembedahan turut dilakukan untuk mengeluarkan bayi dalam kandungan.”

Siti Sarah yang sedang sarat hamil lapan bulan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia pagi tadi kerana tahap oksigen beliau tidak stabil.

Sumber: Instagram Siti Sarah Raisuddin

Perkara ini disahkan oleh suami beliau iaitu Shuib menerusi satu hantaran di laman Instagram. Kami mendoakan semoga Allah SWT mempermudahkan urusan dan memberi kekuatan kepada Siti Sarah dan cahaya mata beliau.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan selebriti tempatan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca