Masalah tahap “kolesterol jahat” yang tinggi memang mempunyai kaitan dengan masalah saluran darah yang tersumbat sehingga menyebabkan serangan sakit jantung. Namun pakar perubatan bersetuju bahawa masalah ini juga memberikan kesan buruk pada bahagian tubuh yang lain.
Dalam satu kajian yang dilakukan telah mengaitkan tahap kolesterol jahat yang tinggi berkait rapat dengan rasa sakit dan kecederaan pada otot-otot besar pada tubuh. Kajian ini dilakukan pada tahun 2015 oleh dua buah institusi iaitu University of Canberra dan Monash University. Kajian ini diterbitkan dalam jurnal “Sport Medicine.”
Bahkan, risiko untuk mengalami kecederaan otot di bahu dan otot di kaki lebih mudah berlaku jika tahap kolesterol jahat mereka tinggi.
Para saintis memberikan pendapat bahawa tahap “kolesterol jahat” yang tinggi selalu akan mengakibatkan berlakunya keradangan pada otot, yang kemudiannya berpotensi mengubah struktur otot. Akhirnya menyebabkan otot tidak berfungsi dengan baik dan mudah mengalami rasa sakit.
Rasa sakit ini mungkin menandakan penyumbatan saluran darah di otot kaki yang menyebabkan mudah rasa sakit dan kejang walaupun kita tidak melakukan aktiviti fizikal yang berat.
Jadi, apabila rasa sakit, kejang atau lenguh pada kaki walaupun berjalan dalam jarak yang dekat atau berdiri dalam jangka masa yang pendek, seeloknya buat pemeriksaan tahap “kolesterol jahat” dalam tubuh.