Tahan Pemandu Di Jalan Raya, Seorang Remaja Digilis Dan Diheret Lori Tersebut

Baru-baru ini, sebuah video memaparkan aksi berani mati empat orang remaja yang nekad menahan sebuah lori secara tiba-tiba di tengah jalan raya dekat Perempatan Sentul Bogor mencuri perhatian ramai.

Sekiranya anda menonton video tersebut, kumpulan terbabit berlari ke tengah jalan raya lalu kemudiannya bertindak menahan sebuah lori yang sedang dipandu laju pada waktu itu.

Disebabkan tidak sempat menekan pedal brek, pemandu berkenaan telah menggilis dan mengheret salah seorang remaja yang berlari ke hadapan lorinya secara tidak sengaja.

Walau bagaimanapun, ketiga-tiga orang rakan mangsa yang lain sempat mengelak sebelum mereka dilanggar oleh pemandu lori berkenaan. Dalam pada itu, aksi malang tersebut difahamkan sempat dirakam oleh seorang individu yang berada di seberang jalan dari lokasi kejadian.

Dalam pada itu, ada orang turut mendakwa sekumpulan remaja tersebut ialah ‘tukang palak’ di mana mereka bertindak untuk menahan lori dan kemudiannya memeras wang daripada pemandunya di tengah jalan raya.

Pada waktu artikel ini ditulis, tiada lagi khabar berita selanjutnya tentang keadaan remaja yang digilis lori tersebut dan apa tujuan sebenar mereka bertindak membuat perkara itu. Sementara itu, ia tidak dapat dipastikan apa tujuan sebenar remaja tersebut bertindak seperti itu. Apa pendapat anda?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca