Tahan Kereta Serta Minta Wang, Polis Trafik Ini Ludah Pemandu Tak Pakai ‘Seat Belt’

Tular sebuah video di Medan, Indonesia yang memaparkan seorang anggota polis trafik telah menahan beberapa pengguna jalan raya dan meminta sejumlah wang daripada mereka.

Dalam video itu, kelihatan anggota polis trafik berkenaan meminta pemandu kereta Yaris berhenti kerana tidak memakai tali pinggang keledar. Polis trafik itu kemudiannya meludah ke arah pemandu tersebut.

Salah seorang mangsa memberitahu bahawa polis itu turut menyuruhnya berhenti dan meminta sejumlah wang sebelum melakukan perkara yang sama kepada orang lain.

“Polis itu juga ada menerima duit daripada orang awam yang menaiki motor. Orang itu memakai baju warna biru dan saya sudah merakamnya,” katanya.

Pemandu itu turut keluar daripada keretanya serta mengeluarkan telefon bimbit untuk merakam perbuatan polis trafik terbabit.

Ketua Polis Medan, Jhonny Edison Esir berkata, dia berasa malu dan kesal dengan tindakan salah seorang anggotanya dan akan mencadangkannya untuk dipindahkan ke cawangan lain.

“Tindakan yang dilakukan oleh salah seorang anggota kami itu sangat mencalarkan imej anggota polis dan melukakan hati masyarakat di seluruh Indonesia khususnya di Kota Medan.

Kami akan mencadangkan anggota polis tersebut dipindahkan daripada kawasan tugasan polis di Kota Medan,” katanya.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan polis, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca