Taeyang Buat Kemunculan Semula, Ini Respons YG Entertainment

Agensi pengurusan terkemuka, YG Entertainment telah menjawab mengenai laporan yang menyatakan Taeyang dari ahli kumpulan BIGBANG sedang membuat persiapan untuk membuat kemunculan semula.

Sumber: Marie Claire

Isu ini bangkit apabila sebuah syarikat penyiaran iaitu JTBC melaporkan bahawa menurut beberapa orang dalam industri, Taeyang sedang melakukan persediaan untuk mengeluarkan album baharu pada bulan Januari 2023.

Perkara tersebut membuatkan peminat ingin jawapan daripada YG Entertainment tentang kesahihan laporan itu.

Sumber: Soompi

Tidak lama kemudian, pihak YG Entertainment telah mengeluarkan kenyataan menegenai isu itu dengan menyatakan belum ada apa-apa yang dapat diputuskan lagi.

Sekiranya Taeyang benar-benar membuat kemunculan semula pada bulan Januari seperti yang dilaporkan, album ini akan menandakan album solo pertamanya selepas hampir enam tahun dengan kemunculan album terakhirnya iaitu White Night pada Ogos 2017.

Sumber: Allkpop

Taeyang merupakan ahli kumpulan BIGBANG yang terdiri daripada G-Dragon, T.O.P dan Daesung.

Pada tahun 2018, Taeyang telah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Min Hyo Rin dan dikurniakan dengan seorang anak lelaki lewat tahun lalu.

Sumber: Tatler Asia

Sebagai ahli kumpulan BIGBANG, Taeyang banyak mengeluarkan lagu solo yang hit. Antaranya adalah Only Look at Me (2008) dan Eyes, Nose, Lips (2014).

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca