Search
Close this search box.

Tadika Terbaik Di Lembah Keramat, Cahayaku Legacy As-Siddiq Buka Pendaftaran 2023

Setiap kali hujung tahun, sudah menjadi kebiasaan para ibu bapa akan sibuk mencari sekolah serta membuat kemasukan pendaftaran untuk anak-anak mereka.

Artikel ini sesuai kepada para ibu bapa yang mencari tadika terbaik di Lembah Keramat. Tadika Cahayaku Legacy As-Siddiq telah membuka kemasukan kanak-kanak untuk sesi 2023.

Sejak tahun 1998 lagi Cahayaku bermula di bawah naungan syarikat Karisma Unggul Sdn Bhd.

Setelah Cahayaku berkembang dan mendapat penerimaan daripada masyarakat sebagai sistem pendidikan yang berkualiti, Edu Cahayaku Sdn Bhd akhirnya ditubuhkan sebagai syarikat sendiri.

Sehingga sekarang, Cahayaku terus mendidik di bawah Edu Cahayaku dari tahun 2001 dan merupakan produk yang terkenal di pasaran Malaysia selama lebih dua dekad.

Pusat asuhan ini mendapat perhatian oleh ibu bapa dalam memberikan pendidikan terbaik kepada anak-anak mereka kerana tenaga pengajar dibekalkan dengan pengalaman yang luas dalam mendidik anak-anak kecil lebih 20 tahun serta mengenakan kadar yuran yang berpatutan.

Perkarangan Tadika Cahayaku Legacy Lembah Keramat

Bagi ibu bapa yang berada kawasan Lembah Keramat, Tadika Cahayaku Legacy As-Siddiq merupakan tadika terbaik di kawasan ini.

Taman didikan kanak-kanak ini menyediakan perkhidmatan untuk anak-anak tahap pra-persekolahan. Malah tadika ini juga mempunyai gabungan taska bagi asuhan anak-anak seawal usia dua bulan serta pelajar transit.

Suasana dalam tadika dan dipantau oleh guru

Berikut merupakan antara kelebihan yang terdapat di pusat pendidikan awal kanak-kanak, Tadika Cahayaku Legacy As-Siddiq:

  1. Menyediakan kaedah cepat membaca
  2. Menyediakan bahan belajar yang menarik
  3. Menyediakan kelas mental Aritmetik
  4. Yuran yang berpatutan
  5. Menyediakan fasiliti kepada pelajar

Dengan manfaat dari kemahiran serta kepakaran yang tersedia di tadika pilihan ramai Lembah Keramat ini, pastinya akan membuatkan para ibu bapa dan penjaga berasa yakin untuk menghantar anak-anak tanpa bimbang sepanjang keberadaan anak-anak di pusat asuhan ini.

Kelebihan Tadika Cahayaku Legacy As-Siddiq di Lembah Keramat.

1. Menyediakan kaedah cepat membaca.

Tadika Cahayaku Legacy di Lembah Keramat ini mengutamakan kaedah membaca kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah speech delay.

Masalah speech delay sering dianggap remeh dalam kalangan ibu bapa. Namun begitu, anak-anak seharusnya perlu dipantau jika mereka mempunyai tanda-tanda speech delay supaya ibu bapa dapat bertindak dengan sewajarnya.

Pada kebiasaanya, masalah perkembangan anak kecil tidak boleh bercakap atau bertutur boleh dilihat sehingga kanak-kanak tersebut sudah berumur dua tahun. Masalah ini sering dialami oleh kanak-kanak prasekolah.

Kaedah cepat membaca bagi palajar 4 tahun

Oleh sebab itu, tadika terbaik di Lembah Keramat ini menyediakan kaedah cepat membaca kepada kanak-kanak yang mempunyai speech delay supaya mereka diberi bimbingan yang sepenuhnya oleh tenaga pengajar yang pakar.

Konsep Cepat Membaca menggunakan kaedah 7M iaitu berMain, Membaca, Mengira, Menulis, Mewarna, Mengeja dan Moral.

Kaedah ini adalah gabungan mimik konsonan dan bunyian vokal akan menghasilkan bunyi suku kata.

Terdapat satu penyelidikan terhadap 30 orang pelajar istimewa yang terdiri daripada disleksia, autism, sindrom down, mental retarded, pelat, kanak-kanak yang hilang pendengaran dan pelbagai kategori yang lain.

Melalui penyelidikan ini, teknik Cahayaku telah berjaya membantu mereka membaca dan memulihkan karakter para pelajar tersebut.

2. Menyediakan bahan belajar yang menarik

Tadika Cahayaku Legacy ini turut mempunyai penyediaan bahan belajar yang unik dan menarik.

Bahan asas pembelajaran yang disediakan seperti modul daripada Cahayaku Legacy juga disediakan. Terdapat tiga jenis buku seperti Cahayaku BM, Cahayaku Paradigm BI dan Cahayaku Arabic.

Tambahan pula, tadika ini turut menyediakan pembelajaran asas mengaji serta Hafazan.

Ini antara keistimewaan modul bahan bacaan Cahayaku:

  • Sistem menggunakan EQ untuk membina IQ
  • Tidak membebankan minda dan merangsang minat
  • Mengajar melalui permainan minda dan pemahaman karakter
  • Alter Behaviour kepada yang lebih positif

Beyond expectation saya, anak dalam tempoh 4 bulan mahir membaca. Excellent kuasa 2! Dia bacakan surat khabar pada nenek dia masa umur 4 tahun. Itu satu kejayaan besar pada umur 4 tahun, 4 bulan boleh membaca!”

Berikut antara salah satu testimoni daripada ibu bapa yang menghantar anak mereka di tadika ini.

Dengan adanya pelbagai bahan belajar yang sesuai dengan peringkat umur mereka, kanak-kanak akan lebih tertarik untuk belajar dan tidak mudah bosan.

3. Menyediakan kelas mental Aritmetik

Tadika Cahayaku Legacy di Lembah Keramat juga menyediakan ilmu pengiraan secara mudah kepada kanak-kanak. Kelas ini menggunakan teknik kira cepat dengan jari (IQMA).

Teknik IQMA menggunakan sempoa

Keistimewaan kursus ini ialah cara pengiraan menggunakan jari, sempoa dan minda. Cara pengiraan ini dapat merangsang potensi dan keupayaan minda pelajar, menyeimbangkan penggunaan otak kiri dan kanan, meningkatkan keyakinan diri, daya ingatan, tumpuan, daya fikiran, kreativiti dan imaginasi.

Melalui pembelajaran ini, kanak-kanak mudah untuk mengira dengan lancar sama ada menggunakan kemahiran sempoa atau penggunaan jari.

4. Yuran yang berpatutan

Berkenaan dengan yuran pula, Tadika Cahayaku Legacy As-Siddiq menawarkan harga yang berpatutan. Bermula daripada harga pendaftaran serendah RM920 dan ke atas mengikut kategori umur iaitu 4, 5 dan 6 tahun.

Yuran pendaftaran tersebut adalah termasuk dengan buku pembelajaran, baju uniform, kerja tangan, little scientist atau little chef.

Untuk yuran bulanan pula, ia berbeza berdasarkan waktu pembelajaran:

i. 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari (Tadika sahaja) – RM300

ii. 8.00 pagi hingga 2.00 petang (Tadika dan makan tengah hari) – RM380

iii. 8.00 pagi hingga 6.00 petang (Tadika dan transit) – RM480

5. Kemudahan fasiliti kepada pelajar

Tempat riadah pelajar apabila waktu rehat

Terdapat pelbagai fasiliti yang tersedia di tadika ini yang pasti mengujakan setiap pelajar. Tadika Cahayaku Legacy As-Assiddiq menyediakan beberapa jenis fasiliti untuk kanak-kanak supaya mereka tidak bosan dan boleh bermain dengan rakan-rakan pada waktu senggang.

Antaranya ialah terdapat taman permainan mini yang terdapat dalam perkarangan tadika untuk kanak-kanak bermain apabila waktu rehat.

Selain belajar, aktiviti riadah seperti ini akan membuatkan kanak-kanak berasa lebih seronok dan santai.

Sudut bacaan untuk pelajar

Seterusnya, sudut bacaan turut terdapat di tadika ini yang menyediakan pelbagai jenis bahan bacaan bagi memudahkan kanak-kanak untuk memilih buku mengikut kegemaran masing-masing.

Antaranya ialah buku latihan, buku cerita dan sebagainya. Keadaan tadika yang kemas dan teratur ini memberi keselesaan kepada kanak-kanak dan tenaga pengajar dalam proses pembelajaran.

Ciri-ciri ini jelas membuktikan taman didikan kanak-kanak di Lembah Keramat ini sebagai pilihan tempat asuhan untuk pendidikan awal kanak-kanak yang terbaik pilihan ibu bapa dan penjaga.

Pendaftaran kini dibuka

Pendaftaran untuk Tadika Cahayaku Legacy di Lembah Keramat kini dibuka sehingga awal Januari 2023.

Ibu bapa dan penjaga dialu-alukan untuk memilih Tadika Cahayaku Legacy di Lembah Keramat ini sebagai tempat pendidikan awal kepada anak-anak mereka bagi menjamin pendidikan yang terbaik.

Bagi sebarang pertanyaan lanjut, sila rujuk maklumat di bawah:

Nombor telefon: 017-642 5096 (Puan Salmiah)

Whatsapp: https://hi.jomwasap.my/nakdaftar2023

Laman web: http://www.tunasilmugroup.com/

Facebook: https://www.facebook.com/CL.AsSiddiq.LembahKeramat

Alamat: 22, Jalan AU 5c/8, Taman Lembah Keramat, 54200 Kuala Lumpur, Selangor

Waze: https://waze.com/ul/hw2865x2he

Google Maps:

Untuk membaca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca