Tably, Aplikasi Telefon Pintar Yang Mampu Menilai Emosi Kucing Anda

Tably, Apps Smartphone Yang Mampu Menilai Emosi Kucing Anda

Sebuah syarikat teknologi kesihatan haiwan dari Calgary, Kanada iaitu Sylvester.ai telah menghasilkan sebuah aplikasi dipanggil Tably yang mampu menilai emosi kucing anda.

Kini, pecinta kucing mempunyai alasan baru untuk mengambil gambar si bulus mereka. Malah, ianya membantu untuk mengetahui emosi mereka pada ketika itu.

Aplikasi Tably menggunakan kamera telefon untuk memberitahu sama ada kucing anda sedang merasakan kesakitan atau tidak.

Aplikasi ini menilai dari kedudukan telinga dan kepala, penyempitan mata, ketegangan muncung, dan bagaimana misai berubah untuk mengesan sebarang gangguan yang dialami kucing anda.

Satu kajian pada tahun 2019 yang diterbitkan dalam jurnal Scientific Reports mendapati bahawa apa yang disebut sebagai ‘skala kerutan kucing’ atau feline grimace scale (FGS) adalah alat yang sah dan boleh dipercayai untuk penilaian tepat tahap kesakitan pada kucing.

“Perkara ini membantu pemilik kucing untuk mengetahui sama ada kucing mereka sakit atau tidak,” kata Miche Priest, peneraju bagi Sylvester.ai.

Aplikasi ini dapat membantu doktor haiwan muda, kata Dr. Liz Ruelle dari Wild Rose Cat Clinic di Calgary, di mana pemaju melatih algoritma.

“Kami dapat melatih mesin menggunakan pembelajaran mesin dan serangkaian gambar.” kata Dr. Liz Ruelle.

“Saya suka bekerja dengan kucing dan membesar dengan kucing. Tetapi bagi rakan sekerja yang lain dan graduan baru yang mungkin tidak mempunyai banyak pengalaman, ia mungkin sesuatu yang menakutkan jika tidak dapat tahu pesakit anda dalam kesakitan,” ujar Liz.

“Aplikasi yang mempelajari corak daripada gambar wajah kucing mungkin dapat membantu untuk mengetahui emosi kucing anda tetapi pemilik kucing juga harus melihat kepada seluruh tubuh haiwan peliharaan mereka.

Ini termasuk ekornya untuk mengetahui tentang kesejahteraan mereka,” kata Alice Potter dari badan amal haiwan Britain, RSPCA.

Anda boleh mencuba aplikasi Tably tersebut di sini sebagai peguji beta.

Anda juga boleh menonton video penggunaan aplikasi Tably di sini.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca