Syifa Melvin Nafi Dirinya Punca Prestasi Safawi Rasid Merudum

Syifa Melvin tampil mempertahankan dirinya selepas terpalit dalam sebuah kontroversi yang menyaksikan aktres itu dikaitkan sebagai punca kepada kemerosotan prestasi pemain bintang Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid.

Tunku Ismail nyata tidak senang dengan aksi tidak bermaya Safawi ketika ini dengan mendakwa pemain kebangsaan itu tertekan kerana dipaksa untuk berkahwin dengan Syifa.

Hantaran Tunku Ismail di laman Instagram miliknya menimbulkan situasi hangat apabila aktres terbabit dikatakan hanya mahu menumpang di atas kekayaan dan populariti Safawi sebagai pemain bola sepak.

Walau bagaimanapun, Syifa atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah Amirol Melvin membidas tuduhan yang dilemparkan oleh pemilik JDT iaitu Tunku Ismail Sultan Ibrahim terhadapnya.

Adik kepada Syatilla Melvin itu menidakkan dakwaan bahawa dia memberi tekanan kepada pemenang anugerah Pemain Paling Bernilai dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) musim lalu itu untuk berkahwin dengannya.

Aktres itu turut menegaskan bahawa dia bekerja keras untuk menampung kehidupan sendiri tanpa perlu meminta wang daripada teman lelakinya.

Pelakon drama #SisCuba itu juga menafikan dirinya punca Safawi gagal mempamerkan aksi terbaik dalam tiga aksi kompetitif skuad Harimau Selatan setakat ini.

https://www.instagram.com/p/B9TVMn7nN1b/

Syifa turut memuat naik sebuah hantaran di Instagram miliknya, “Tak pernah paksa kahwin, tak pernah minta satu sen duit Safawi! Demi Allah, Allah Maha Adil.”

Walaupun begitu, pelakon itu difahamkan sudah padam entri berkenaan.

Apa-apa pun, semoga Safawi kembali fokus dan memberikan komitmen yang terbaik untuk pasukan JDT dan juga pasukan kebangsaan.

Akhir kata, Team Lejen Digital menyediakan satu video untuk tontonan semua.

Untuk baca lebih banyak artikel berkaitan sukan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca