Syed Saddiq Bawa Berita Gembira Buat Anak Muda, Kerajaan Setuju Naikkan Elaun Pelajar Latihan Industri

Pihak kerajaan bersetuju untuk menaikkan kadar elaun pelajar latihan industri kepada RM900 sebulan dan ia berkuat kuasa bermula 1 September depan.

Terdahulu, pelajar cuma dibayar sebanyak RM1.65 sejam dan kini, jumlah bayaran tersebut bertambah kepada RM5 sejam.

Ini bermaksud para pelajar akan mendapat bayaran tiga kali ganda berbanding sebelum ini.

Menurut Menteri Belia dan Sukan iaitu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, semua kementerian, agensi dan juga Jabatan Kerajaan terlibat dalam kenaikan kadar itu.

Sebelum ini, Syed Saddiq sangat menekankan kepentingan pemberian elaun kepada pelajar terutamanya mereka yang datang daripada keluarga berpendapatan 40 peratus terendah (B40) dan golongan berpendapatan 40 peratus pertengahan (M40).

Hal ini demikian kerana terdapat masih ramai anak muda dalam kalangan gologan B40 dan M40 yang tidak mendapat pembelaan sewajarnya sewaktu mereka menjalani latihan praktikal di mana mereka langsung tidak diberikan sebarang elaun.

Artikel Lain Untuk Di Baca