Syarikat Ini Tawar Gaji RM150,000 Untuk Hisap Ganja Setiap Hari

Di Malaysia, kes pengambilan marijuana atau kita sering sebut sebagai ganja merupakan satu kesalahan yang sangat serius. Namun begitu, berbeza pula dengan sesetengah negara seperti Kanada, Amerika Syarikat dan Argentina di mana penggunaan ganja adalah tidak salah di sisi undang-undang.

Malah, terdapat sebuah syarikat di Amerika Syarikat iaitu American Marijuana yang menawarkan gaji sebanyak $36,000 (RM150,000) setahun hanya untuk hisap ganja semata-mata.

Jawatan tersebut diiklankan secara dalam talian menerusi satu platform produk ganja di Amerika Syarikat. Difahamkan, syarikat berkenaan mahukan seorang pengulas untuk menguji dan menulis atau dalam kata mudah, membuat review tentang jenis-jenis ganja yang ada di pasaran.

Turut disertakan dalam iklan tersebut adalah ciri-ciri calon yang mereka mahukan iaitu seseorang yang handal menghisap ganja dan mempunyai ilmu pengetahuan tentang ganja.

Menurut seorang kaunselor kesihatan perubatan yang menganjurkan pencarian tersebut iaitu Dwight Blake, individu ‘bertuah’ itu akan dapat mencuba pelbagai jenis ganja dan dibayar sehingga $3,000 (RM12,478) sebulan.

Antara syarat lain untuk membolehkan seseorang itu memohon pekerjaan ini adalah individu tersebut mestilah seorang influencer yang berumur 18 tahun ke atas dan menetap di Amerika Syarikat atau Kanada.

Untuk memohon ‘jawatan’ ini, calon-calon haruslah tampil dengan satu portfolio iaitu sebuah video berdurasi 60 saat yang memaparkan penjelasan berkenaan minat mendalam mereka terhadap ganja.

Pada masa yang sama, mereka juga perlu senaraikan enam nama samaran ganja untuk membuktikan yang mereka benar-benar mahukan pekerjaan itu.

Jadi, ada tak yang berminat untuk memohon?

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca