Syarikat Dari Amerika Syarikat, Pfizer Berjaya Hasilkan Vaksin Dengan 90% Keberkesanan

Penularan wabak COVID-19 telah menyaksikan kebanyakan negara berusaha keras dalam menghasilkan vaksin. Penghasilan vaksin yang berkesan membolehkan negara tersebut menerima sejumlah besar tempahan dari negara luar.

Terbaharu, setelah lama dinantikan pengguna seluruh dunia, Pfizer selaku syarikat farmaseutikal gergasi dari Amerika Syarikat mengumumkan kehadiran vaksin yang dibangunkan bersama BioNTech.

Berdasarkan ujian klinikal fasa ketiga yang dibuat melibatkan 43,000 peserta, dilaporkan vaksin keluaran Pfizer ini mampu menghalang jangkitan COVID-19 sehingga 90%.

Walaupun  vaksin ini masih belum mampu menghalang jangkitan wabak secara 100%, penghasilan vaksin ini dilaporkan mempunyai keputusan yang terbaik setakat ini kerana tidak menunjukkan sebarang kesan negatif pada penerima.

Ia juga dilihat sebagai harapan terbaik untuk menghapuskan kitaran wabak membawa maut ini yang mengakibatkan sekatan ketat terpaksa dilaksanakan di serata dunia bagi mengekang penularannya.

Syarikat itu turut mendakwa mereka berupaya melepasi cabaran akhir untuk mengedarkan vaksin terbabit di AS, akhir bulan ini, selain mampu membekalkan hingga 50 juta dos ke seluruh dunia, tahun ini, dan 1.3 bilion lagi pada tahun depan.

Dalam pada itu, saham syarikat Zoom, Netflix, Amazon dan juga harga emas dilaporkan turun mendadak sebaik sahaja pengumuman vaksin Pfizer dilakukan

Untuk baca artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca