Syarat Terbaharu Arab Saudi Wajibkan Vaksin Buat Jemaah Haji, Golongan Antivaksin Kurang Senang

Vaksin yang dinantikan orang ramai sejak bermulanya pandemik COVID-19 telahpun dilancarkan.

Walaupun vaksin tersebut dianggap suatu perkara yang positif bagi orang ramai khususnya umat Islam yang hendak menunaikan ibadah haji, ada juga golongan yang menolak vaksin.

Golongan anti-vaksin mendakwa bahawa vaksin mengandungi cip nano, khinzir dan lain-lain teori konspirasi.

Baru-baru ini, kerajaan Arab Saudi memaklumkan kewajipan bagi mendapatkan vaksin COVID-19 sebagai syarat utama para jemaah haji bermula tahun ini.

Sehubungan dengan keputusan dibuat Arab Saudi itu, segelintir warganet dilihat kurang senang dengan syarat yang ditetapkan.

Mereka turut menggelarkan Arab Saudi sebagai Wahabi dan dipengaruhi Dajjal.

Sementara itu, beberapa ulama terkenal yang berada di Arab Saudi dan Mesir sudahpun menerima vaksin COVID-19.

Sumber: Vocket

Tambahan pula, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut menyeru umat Islam untuk mendapatkan vaksin yang mampu bantu menguatkan tubuh dan menganggap sebagai langkah ikhtiar.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan dengan vaksin, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca