Syak Perniagaannya Disihir Orang, Chef Ammar Tutup Gerai Bazar Di USJ4

Dihantar Sihir Chef Ammar Tutup Gerai Bazar Di USJ4

Dalam siaran langsung TikTok Cef Ammar, dia berkongsi berita yang gerai bazar di USJ4 harus ditutup kerana ada yang menghantar sihir untuk menggangu perniagaannya.

Mengikut Cef Ammar, dia perasan bahawa kadar pelanggan yang memasuki kedainya telah menurun dengan ketara.

Bukan itu saja, anak dia yang pada awalnya bersemangat untuk berniaga di bazar USJ4 langsung berasa lemah untuk bekerja di situ.

@ejie_amam

Untuk usj4, cheff ammar da tutup sebab perbuatan sihir 😢..bulan puasa pn sebuk nk mrnyihir bagai..csemoga pelaku nye dilaknati Allah #cheffammar #masakdenganiman #ramadhan2022

♬ Ya Allah – Wali

Lantas, Chef Ammar mengambil tindakan menghubungi seorang ustaz tentang hal tersebut. Diberitahu kepadanya memang ada yang menghantar sihir untuk mengganggu perniagaannya.

“Kita terpaksa tutup untuk mengelak daripada benda yang lebih teruk untuk berlaku dekat keluarga saya,” ujarnya.

Terdapat beberapa reaksi oleh warganet tentang isu ini menerusi tinjauan kami di laman Twitter.

Walaupun ramai yang menyokong situasi Cef Ammar dan berdoa untuknya, terdapat juga yang bersikap skeptikal dan mengatakan bahawa berita tersebut antara cara untuk mendapat publisiti.

Ada juga yang berkata sebab sebenar gerai bazar Cef Ammar tutup adalah kerana ia tidak mempunyai kakitangan yang cukup.

Pada pendapat anda, adakah Cef Ammar betul-betul disihir orang atau ini semua sekadar publisiti?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca