Syak Anak Dirasuk Syaitan, Lelaki Ini Celur Darah Daging Dalam Air Panas Untuk Halau Hantu

Seorang bapa didakwa atas kesalahan mencelupkan anaknya ke dalam air panas kerana menyangka mangsa dirasuki oleh benda halus.

Pelaku bernama Pablo Martinez berusia 31 tahun menjelaskan kepada pihak polis bahawa dia mengesan keberadaan makhluk halus dalam tubuh badan anaknya sewaktu memandikan kanak-kanak tersebut.

Dia kemudiannya menahan kepala mangsa ke dalam tab mandian berisi air panas dari 5 hingga ke 10 minit lamanya sehingga air tersebut keluar daripada mulut kanak-kanak berkenaan.

Pelaku dan isterinya, Romelia yang turut berada di tempat kejadian sewaktu itu mendakwa anaknya dirasuki syaitan sejak awal minggu yang lalu. Kedua-dua pelaku ini ternyata bukan keluarga kandung kanak-kanak tersebut.

Pihak berkuasa seterusnya menemukan mangsa berumur enam tahun itu terbaring di atas katil dengan kulit yang melecur sebanyak 15 peratus termasuk bahagian siku, bawah lengan dan kepalanya.

Susulan daripada kejadian tersebut, Martinez telah ditangkap atas kesalahan membunuh darjah pertama.

Sewaktu kejadian berlaku, Romelia menjelaskan bahawa dia terdengar bunyi kocakan air dari bilik air sebelum melihat suaminya melakukan perkara tersebut sehingga anak keduanya menangis lalu meninggalkan ruangan berkenaan.

Jelasnya lagi, dia turut menjerit kepada suaminya agar segera menghentikan perbuatan tersebut namun Martinez tetap melakukannya.

Pasangan ini dikatakan berdiri di luar rumah sewaktu kehadiran pihak berkuasa ke tempat tersebut. Martinez secara tiba-tiba mengangkat kedua-dua belah tangannya ke atas dan mengakui kesalahannya.

Isterinya kemudian membuka pintu bilik mangsa bagi membenarkan pihak berkuasa melihat keadaan anaknya. Malangnya, Kanak-kanak tersebut ditemukan terbaring dan tidak bernafas lalu disahkan mati oleh pihak perubatan semasa pemeriksaan di hospital.

Romelia dan ibu kandung kepada mangsa dipercayai merupakan suku Pascua Yaqui manakala Martinez bukan kaum daripada kelompok tersebut.

Menurut kajian yang dijalankan oleh YouGov pada tahun 2013, kebanyakan masyarakat Amerika mempercayai kewujudan syaitan yang mampu merasuk manusia, manakala seramai 46 peratus sahaja yang bersetuju bahawa kaedah penghalauan roh atau exorcism mampu mengusir benda jahat dalam diri seseorang.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca