Syaitan Bertopengkan Manusia, Lelaki Ini Tergamak Rogol Anak Kandung Sendiri

Kejadian berlaku di Marang melibatkan perbuatan terkutuk seorang lelaki berusia 41 tahun yang merogol anak kandungnya sendiri. Difahamkan bahawa anak kandung berusia 12 tahun itu merupakan seorang pemegang kad orang kelainan upaya (OKU).

Lelaki tua itu bukan sahaja merogol anaknya sendiri, malah turut merakam perbuatan tersebut. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua apabila perlakuan terkutuk itu terbongkar sejurus sang isteri yang juga merupakan ibu kepada mangsa melihat rakaman berkenaan.

Menyedari perkara tersebut, si ibu terus mendapatkan mangsa dan bertanya sama ada kejadian itu benar berlaku atau tidak. Si mangsa kemudiannya memaklumkan kebenaran perkara tersebut dan menyatakan bahawa dia dipaksa untuk melakukan perbuatan itu.

Menurut mangsa, suspek telah mengajak mangsa mengutip duku pada jam 5 pagi, hari Sabtu yang lalu. Kanak-kanak ini kemudiannya dirogol oleh ayahnya di beranda rumah ibu saudara mereka yang terletak di belakang rumah mereka.

Selepas mendengar cerita mangsa, wanita tersebut segera membawa anaknya ke klinik kesihatan berhampiran untuk membuat pemeriksaan.

Suspek tersebut akhirnya ditahan oleh pihak berkuasa di sebuah kedai perkakasan iaitu di Wakaf Tapai malam kelmarin.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Amran @ Muhammad Zaki Omar, suspek kini direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 376(b) Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca