Jangan disangka lagu kegemaran yang sering kita dengar dapat memenangi hati orang lain. Cita rasa muzik setiap individu berbeza. Walaupun lagu itu popular dalam kalangan peminat tetapi dibenci oleh pencipta lagu sendiri sehingga rimas untuk memainkan lagu tersebut ketika membuat persembahan.

Berikut kami kongsikan lima lagu popular yang dibenci penciptanya sendiri:

1. Creep oleh Radiohead

Vokalis Radiohead, Thom Yorke, menyatakan kebenciannya terhadap lagu yang paling popular ini. Selepas lagu ‘Creep’ meletup, satu siri konsert diadakan dan Thom Yorke menggelarkan tindakan mereka sebagai satu perbuatan ‘menghisap zakar syaitan’. Radiohead akan cuba mengelak memainkan lagu ini setiap kali persembahan mereka.

Dalam satu konsert, Thom Yorke memanggil kesemua peminat Radiohead sebagai cacat akal dan bodoh apabila mereka meminta Radiohead memainkan lagu ‘Creep’.

2. Stairway To Heaven oleh Led Zeppelin

‘Stairway To Heaven’ merupakan lagu yang paling berpengaruh dan kerap berada di tangga teratas lagu rock. Robert Plant, vokalis Led Zeppelin menyampah dengan lagu ini kerana semua orang hanya fokuskan kumpulannya dengan lagu tersebut dan apabila sebuah stesen radio di Oregon berjanji tidak akan memainkan lagi lagu tersebut, Robert Plant mendermakan duit kepada radio tersebut sebagai sagu hati.

3. Smells Like Teen Spirits oleh Nirvana

Sesiapa saja pasti pernah mendengar lagu ini. Lagu yang mengubah dunia muzik sebenarnya dihasilkan oleh Kurt Cobain sendiri. Kurt cukup benci terhadap media dan peminat kerana terlalu fokus kepada lagu tersebut yang dikatakan membawa mesej tentang pemberontakan remaja, sedangkan dia menamakan lagu tersebut berdasarkan sejenis jenama deodoran ketiak.

4. Wonderwall oleh Oasis

“Hendak muntah,” itu yang dikatakan oleh penyanyi kumpulan Oasis, Liam Gallagher, setiap kali diminta untuk menyanyikan lagu ‘Wonderwall’. Liam dipanggil oleh peminat sebagai ‘Mr. Wonderwall’ menambahkan lagi kebencian kepada lagu tersebut.

“Aku tak tahan dengan lagu itu. Setiap kali aku perlu nyanyikan lagu itu, aku nak muntah. Kami ke Amerika dan orang tanya aku “Adakah awak Mr.Wonderwall?” Itu membuatkan aku nak hentak dagu mereka yang bertanya” kata Liam.

5. Sweet Child O’Mine oleh Guns N’ Roses

Slash, pemain gitar legenda dan gitaris Guns N’ Roses tidak membenci lagu tersebut sepenuhnya kerana melodi yang dihasilkan itu unik tetapi dia benci dengan keseluruhan lagu tersebut dan menggelarkannya sebagai ‘salah satu lagu paling gay yang pernah ditulis’. Hal ini kerana Guns N’ Roses tidak menulis lagu-lagu balada seperti Sweet Child O’Mine pada ketika itu.

Apa-apa pun lagu-lagu ini tetap menjadi fenomena untuk peminat muzik di seluruh dunia.

Ikuti Kami Di Ruang Internet Anda
Sumber:

Iluminasi