Susulan Keputusan PKPB, Naim Daniel Suarakan Kebimbangannya Di Instagram

Semalam, kerajaan telah mengisytiharkan pelan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di mana pada 4 Mei ini semua syarikat sektor ekonomi akan mula dibuka semula mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Beberapa selebriti tanah air telah memberikan pendapat mereka berkenaan keputusan kerajaan ini.

Penyanyi, Naim Daniel juga tidak terkecuali apabila beliau memuat naik pandangannya di Instagram beliau.

Di dalam hantaran itu, beliau memberi nasihat kepada semua orang supaya tidak lupa diri kerana dunia masih lagi tidak punya vaksin dan angka yang dijangkiti masih wujud.

“Negara Taiwan yang kosong kes pun masih lagi melaksanakan kawalan pergerakan. Kita masih lagi dua kes angka setiap hari macam dah menang perang,” ujarnya di dalam hantaran tersebut.

Rata-rata warganet bersetuju dengan kenyataan penyanyi lagu Sumpah di hantaran tersebut.

Apa-apa pun, keputusan telah pun dibincang bersama-sama oleh kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Rakyat yang akan kembali bekerja pada 4 Mei ini dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan dan jaga penjarakan sosial sepanjang masa.

Selain itu, kebersihan dan kesihatan diri juga perlu dijaga sepanjang anda bekerja untuk mengelak daripada jangkitan COVID-19.

Untuk membaca artikel lain berkaitan selebriti Malaysia Naim Daniel, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca