Susulan Kekecohan Di Kuil Sri Maha Mariamman, Peniaga Restoran Ini Sediakan Makanan Percuma Buat Anggota Bertugas

Ekoran kekecohan yang berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman, badan berkuasa seperti anggota polis, bomba dan lain-lain sibuk berkawal di kawasan berkenaan bagi mengelakkan insiden kekecohan yang sama daripada berulang lagi.

Insiden kekecohan berkenaan didakwa berlaku di USJ25 Subang Jaya.

Semalam, tindakan seorang peniaga restoran di USJ17 wajar dipuji. Dia sedia maklum bahawa anggota polis yang bertugas mungkin kepenatan akibat berjaga di sekitar kawasan kuil bagi mengelakkan sebarang rusuhan atau provokasi daripada berlaku.

Justeru itu, apa yang dilakukan beliau ialah beliau telah menyiapkan makanan bagi para anggota polis yang bertugas. Makanan tersebut kemudiannya dihantar oleh pekerjanya kepada para anggota polis yang bertugas.

 

Foto: Twitter

 

Pada hari ini juga beliau dikatakan akan menyediakan sarapan, makanan tengah hari dan makan malam buat anggota bertugas. Peniaga restoran ini dikhabarkan bahwa beliau sering menderma kepada mereka yang memerlukan.

 

Semoga ramai lagi warga Malaysia dapat mencontohi sifat peniaga restoran ini di masa akan datang.

Artikel Lain Untuk Di Baca