Susulan Kejadian Pesawat Lion Air Terhempas: Ini Langkah Keselamatan Yang Perlu Anda Ambil Kira Semasa Menaiki Pesawat

Berikutan kejadian pesawat Lion Air yang terhempas pada Isnin lalu, rata-rata pengguna di  laman media sosial dilihat menzahirkan rasa simpati dan ucapan takziah buat ahli keluarga mangsa yang terlibat. Malah melalui perkongsian di laman Twitter, pemilik akaun Aiman Zaki dan Fadzilah Mamat  berkongsi langkah keselamatan yang perlu diambil kira ketika menaiki pesawat.

Saudara Aiman Zaki berkongsi betapa pentingnya untuk mematikan peranti elektronik seperti telefon, tablet atau komputer riba ketika menaiki pesawat. Hal ini kerana dikhuatiri peranti elektronik itu akan mengganggu sistem komputer dan navigasi di dalam pesawat. Oleh itu, jika anda masih perlu menggunakan telefon bimbit anda, setkan telefon anda kepada airplane mode.

 

Foto: Google

 

Selain itu, saudari Fadzilah Mamat berkongsi akan pentingnya mengenakan tali pinggang keledar semasa di dalam pesawat. Ia adalah penting bagi mengelakkan anda mengalami sebarang kecederaan sekiranya terjadi sebarang situasi kecemasan. Pemakaian tali pinggang keledar juga dapat mengurangkan kecederaan yang bakal dialami.

 

 Foto: Google

 

Kesimpulannya ialah, pastikan anda mematuhi setiap arahan yang dikeluarkan oleh krew yang bertugas. Selain dapat memudahkan tugas para krew, ia juga dapat memastikan keselamatan anda semasa menaiki pesawat.

Takziah diucapkan kepada para ahli keluarga mangsa yang terkorban.

 

Artikel Lain Untuk Di Baca