KONGSIKAN

Susu low fat (rendah lemak) atau susu full fat (lemak penuh)? Mana yang lagi elok ya?

Ramai yang masih sering membandingkan antara susu low fat atau susu full fat. Malah ada yang lebih gemar memilih susu low fat kerana beranggapan bahawa susu low fat lebih sihat dan bagus untuk tubuh badan. Namun apa yang anda tidak tahu ialah susu full fat juga mempunyai kebaikan untuk tubuh badan. Bahkan khasiatnya mungkin lebih banyak dari susu low fat!

 

 

Susu full fat sering ditakuti kerana kandungan lemak tepu yang terkandung di dalamnya. Pada zaman dahulu ramai yang mengaitkan lemak tepu dengan penyakit jantung. Namun mengikut data yang dijumpai semakin banyak yang menunjukkan bahawa lemak tepu bukanlah punca penyakit jantung. Jadi, apakah kebaikan susu full fat?

 

 

 

Antara khasiat yang paling jelas ialah kandungan omega 3 dalam susu full fat lebih banyak daripada yang terkandung dalam susu low fat. Telur dan susu lembu yang segar juga mermpunyai kandungan omega 3 yang lebih tinggi. Selain itu susu full fat juga dikatakan membantu dalam menurunkan berat badan. Satu kajian mendapati bahawa wanita yang mengambil produk tenusu yang tinggi lemak dapat mengelakkan anda dari obesiti.

 

 

Kajian yang lain pula mendapati bahawa lelaki yang kurang pengambilan susu full fat mudah untuk mendapat obesiti dan pengumpulan lemak pada bahagian perut. Lemak yang terkumpul pada bahagian perut akan meningkatkan peratus untuk anda mati akibat sakit jantung dan kanser.

Nah, sekarang anda sudah tahu khasiat susu full fat. Tidak kiralah susu apa pun yang anda minum, pastikan anda mengambil susu dalam diet harian anda. Lagipun bukankah susu itu sumber kalsium?

Jadi jangan lupa minum susu ya!

 

Sumber: Shazmie Nadziri