Masalah sukar tidur atau insomnia antara masalah yang boleh menganggu kualiti dan kehidupan seharian.
Hal ini boleh diperbaiki melalui aktiviti berjemur di bawah matahari tanpa menggunakan pelindung suria kerana badan kita mengalami leptin resistance atau kehilangan cahaya matahari.
Badan kita memerlukan melatonin untuk tidur pada waktu malam, melalui aktiviti berjemur melatonin dapat dijana dan circadian clock boleh berubah menjadi lebih teratur.
Waktu yang disarankan bagi membina sun callus ini buat pemula, boleh bermula dengan berjemur di waktu pagi iaitu ketika matahari terbit selama 10 minit hingga 15 minit.
Ketika waktu matahari terbit iaitu pada pukul 7.00 am, dan matahari pagi dari pukul 8.00 am sehingga 9.00 am selama 15 minit hingga 30 minit.
Manakala, pada waktu malam, automatik badan akan terasa mengantuk kerana aktiviti berjemur telah menjana melatonin bagi memberi waktu tidur yang lebih berkualiti iaitu selama 8 jam.
Peringkat kedua iaitu peringkat sederhana boleh bermula dengan waktu berjemur ketika matahari terbit, selama 10 minit hingga 15 minit. Di samping itu, berjemur di bawah matahari pagi bermula daripada pukul 8.00 am hingga 9.00 am selama 15 minit hingga 30 minit.
Seterusnya, adalah waktu tengah hari dari jam 1.00 pm hingga 2.00 pm selama 15 hingga 30 minit.
Tambahan pula, kitaran masa tidur pada waktu malam seharusnya mencukupi 8 jam dengan mematikan semua lampu dan mengurangkan penggunaan cahaya biru atau blue light daripada skrin.
Untuk membaca artikel-artikel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: