Susah Nak Berhenti Merokok? Ikuti 3 Langkah Mudah Ini Sebagai Permulaan

Kanser paru-paru adalah antara penyebab kematian utama di Malaysia. Walau bagaimanapun, ia seolah-olah tidak menimbulkan rasa takut dan bimbang terhadap masyarakat kerana jumlah perokok terus meningkat pada setiap tahun.

Menurut statistik yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), seramai 10,000 orang di negara ini meninggal dunia setiap tahun disebabkan penyakit yang berkaitan secara langsung dengan tabiat merokok.

Sejumlah 49 peratus daripada lelaki dewasa di Malaysia merokok melebihi kadar di negara-negara maju seperti Britian (38 peratus), Amerika Syarikat (35 peratus) dan Sweden (30 peratus).

Tabiat ini bukan sahaja akan menyebabkan kanser paru-paru bahkan tekanan darah tinggi, angin ahmar, penyakit jantung dan mati pucuk.

Tabiat merokok ini memang sukar untuk ditinggalkan tetapi ia boleh dilakukan sekiranya seseorang itu mempunyai semangat yang tinggi.

Sebagai permulaan, terdapat beberapa langkah yang dapat membantu mengurangkan kesan merokok, sekali gus meninggalkan tabiat itu buat selama-lamanya.

1. Kurangkan jumlah rokok

Langkah yang paling asas boleh dilakukan adalah dengan mengurangkan jumlah rokok yang dihisap setiap hari. Kajian yang dilakukan turut mendapati dengan mengurangkan jumlah rokok daripada 20 ke 10 batang setiap hari, ia akan mengurangkan risiko kanser paru-paru sebanyak 27 peratus.

Daripada 10 batang sehari ia boleh dikurangkan kepada jumlah yang lebih sedikit sehingga berhenti terus daripada menghisapnya.

Risiko terkena kanser paru-paru boleh dikurangkan sehingga 90 peratus jika perokok memutuskan untuk berhenti sebelum umur 45 tahun.

2. Teh hijau

Teh hijau mengandungi banyak manfaat untuk tubuh kerana ia mengandungi anti oksidan yang tinggi. Menurut kajian pada 2018,  anti oksidan pada teh hijau dapat memperbaiki 50 peratus kerosakan sel akibat asap rokok.

Anti oksidan yang ada pada teh hijau ini dikenali sebagai polifenol. Salah satu polifenol yang bermanfaat adalah Epigallocatechin Gallate (EGCG). Ekstrak teh hijau ini dapat meneutralkan radikal bebas dari asap rokok jika diminum secara teratur.

Sementara itu, menurut kajian daripada Universiti KU Leuven, anti oksidan dalam EGCG mempunyai kekuatan 100 kali lebih tinggi daripada vitamin C dan 25 kali lebih tinggi daripada vitamin E untuk melindungi tubuh.

EGCG boleh didapati dalam makanan tambahan dan manfaatnya bukan hanya melawan radikal bebas tetapi juga menurunkan kolesterol dan menjaga saluran darah, jantung dan otak yang sihat.

3. Buah-buahan dan sayuran

Perokok aktif dan pasif mempunyai risiko tinggi menghidap penyakit paru-paru kronik. Bagi mengelakkan perkara ini daripada berlaku, pengambilan makanan sihat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran boleh membantu mengurangkan risiko.

Ia boleh mengurangkan risiko sebanyak lapan peratus untuk perokok aktif dan empat peratus bagi yang mula berhenti merokok.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Selamat berjuang!

Untuk baca artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca