Susah Melupakan Kenangan Silam? Ini Tips Untuk Move On Daripada Hubungan Yang Toksik

  1. Belajar Terima Kenyataan

Sebagai seorang yang baru mengalami perpisahan, semestinya perasaan sayang itu masih ada. Jika berterusan berada pada keadaan yang sama, ia juga tidak baik untuk anda. Anda mungkin akan sukar untuk melupakan segala yang terjadi. Namun, cubalah perkara baru atau belajar kemahiran baru agar perlahan-perlahan anda boleh menerima kenyataan bahawa perpisahan telah berlaku.

2. Jangan Duduk Sendirian

Jika anda masih dalam fasa healing, cubalah untuk keluar dan berada bersama keluarga atau kawan baik anda. Cuba untuk keluar daripada memikirkan tentang apa yang telah terjadi. Ini bagi mengelakkan anda daripada menyalahkan diri sendiri.

3. Buang Semua Yang Berkaitan Dengan Dirinya

Bunyinya agak skeptikal, tapi percayalah setiap kali anda memandang segala yang berkaitan dirinya. Anda mula akan teringat kembali segala kenangan bersamanya walaupun anda tidak ingin berfikir tentangnya lagi.

4. Dekatkan Diri Dengan Tuhan

Sekiranya anda beragama Islam, anda tahu banyak perkara yang boleh dilakukan bagi mencari ketenangan. Jika anda bukan Islam, anda juga boleh melakukan perkara-perkara lain yang berkesan bagi meraih ketenangan jiwa.

5. Berusaha Untuk Berkenalan Dengan Orang Yang Baru

Ini hanya boleh dilakukan apabila anda sudah boleh meneruskan dengan hubungan yang baru. Namun, jangan sesekali jadikan orang yang baru sebagai alasan bagi melupakan kekasih yang lalu.

6. Baca Buku Mudahnya Move On!

Buku yang mengandungi 19 karya tentang bangkit selepas putus cinta ini adalah naskhah yang paling sesuai untuk anda isikan ruang waktu yang ada dengan membacanya. Tepat ke batang hidung bak kata orang dan sesuai dengan situasi dan emosi yang anda sedang alami.

Dapat secara dalam talian di sini.

Untuk baca artikel-artikel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah

Artikel Lain Untuk Di Baca