Surat Cinta Berusia 500 Tahun Ini Ditemui Dalam Dakapan Mayat Yang Telah Diawet

Pada tahun 1998, para arkeologi di Korea Selatan telah menemukan sebuah makam yang berisi mayat seorang pemuda yang telah diawetkan.

Para akeologi menganggarkan pemuda ini telah hidup pada abad ke-16 dan meninggal dunia pada usia 30 tahun. Mendiang adalah sebahagian daripada klan Goseong Yi.

Ketika ditemui, mayat pemuda yang dikenali sebagai Eung Tae Lee sedang mendakap sepucuk surat. Kandungan surat itu yang sangat menyentuh hati beberapa orang arkeologi sehingga ada yang menitiskan air mata ketika membacanya.

Surat itu ditulis oleh isteri Eung Tae Lee yang sedang hamil. Surat yang ditulis dengan bait-bait yang penuh kesedihan itu dialamatkan kepada ayah daripada anak yang sedang dalam kandungannya.

Terjemahannya:

Kepada ayah Won,
1 Jun, 1586.

Kau selalu berkata, “Sayang, mari kita hidup bersama sehingga rambut kita menjadi kelabu dan mati pada hari yang sama, tetapi kenapa kau sanggup pergi tanpa aku? Siapa yang patut aku dan anak kecil aku bergantung untuk hidup?”

Bagaimana kau memberikan hati kau kepada aku dan bagaimana aku membawa hati aku kepada kau? Setiap kali kita baring bersama, kau selalu memberitahu aku, “Sayang, adakah orang lain menghargai dan suka antara satu sama lain seperti yang kita lakukan? Adakah mereka benar-benar seperti kita?” Dan kemudian, sampainya hati kau tinggalkan aku.

Aku tidak boleh hidup tanpa kau. Aku hanya mahu pergi kepada kau. Tolong bawa aku ke tempat kau. Perasaan aku di dunia ini tidak mampu aku buang dan sayang aku untuk kau tak ada hadnya.

Tolonglah baca surat ini dan ceritakan secara terperinci dalam mimpi aku nanti. Kerana aku ingin mendengar kata-kata kau secara terperinci dalam impian aku, maka aku tuliskan surat ini. Lihatlah dengan teliti surat ini dan bercakaplah dengan aku.

Apabila aku melahirkan anak kita nanti, pada siapa dia patut panggil ayah? Bolehkah seseorang memahami apa yang sedang aku hadapi? Sungguh, tiadalah tragedi seperti ini berlaku di bawah langit melainkan pada aku.

Kau sekarang berada di tempat yang lain dan tidak mungkin dalam kesedihan yang mendalam seperti yang aku rasa. Tiada penghujungnya kehilangan ini ketika aku menulis surat ini. Tolonglah baca surat ini dan datanglah kepada aku dalam mimpi aku nanti. Aku percaya yang aku dapat melihat kau dalam impian aku. Datanglah kepada aku secara rahsia dan tunjukkan diri kau. Tiada had apa yang aku mahu katakan dan aku noktahkan surat ini sampai di sini.

Hargailah setiap saat anda bersama pasangan hidup yang mencintai anda. Walau sesibuk mana pun anda, jangan sesekali mensia-siakan cinta yang dianugerahkan oleh Tuhan itu.

Artikel Lain Untuk Di Baca