Supreme Foods Buka Peluang Untuk Jadi Ejen Kurma Ajwa Aliyah Tanpa Modal

Penularan pandemik COVID-19 sejak tahun lalu telah meninggalkan kesan besar terutamanya terhadap ekonomi. Oleh itu, Supreme Foods menawarkan peluang mulakan bisnes tanpa modal buat sesiapa yang sedang mencari peluang terutamanya semasa bulan Ramadan.

Supreme Foods Kurma Ajwa Aliyah yang diimport dari Tanah Haram Madinah Al-Munawarrah

Supreme Foods merupakan syarikat yang diasaskan oleh lima individu dengan aspirasi untuk mewujudkan rangkaian makanan bernutrisi atau turut dikenali sebagai supreme food.

Supreme food adalah makanan yang bukan sahaja baik untuk jasmani tetapi juga rohani kerana ia turut disokong oleh Rasulullah S.A.W.

Dimulakan dengan produk sulungnya iaitu Kurma Ajwa Aliyah, Supreme Foods merancang untuk memperluaskan lagi perniagaan dengan memasarkan supreme food yang lain dalam masa terdekat.

Kurma Ajwa Aliyah, makanan semulajadi untuk kesihatan optimum.

Ramadan akan tiba tidak lama lagi. Setiap meja makan masyarakat Melayu di Malaysia pasti akan ada buah kurma khususnya pada bulan puasa. Jadi, inilah peluang keemasan untuk anda menjana pendapatan dengan Kurma Ajwa Aliyah.

Sekiranya anda sedang mencari peluang perniagaan tanpa mengeluarkan sebarang modal, apa kata anda sertai Supreme Foods? Kami akan kongsikan kelebihan jadi ejen dalam artikel ini.

Kelebihan sertai Supreme Foods

1. Supreme Foods menerima permintaan yang tinggi daripada orang ramai

Kurma Ajwa Aliyah pilihan orang ramai.

Memandangkan sekarang adalah bulan Ramadan, sambutan terhadap Kurma Ajwa Aliyah meningkat berkali-kali ganda.

Dengan sambutan yang hangat daripada ramai, ia adalah peluang keemasan anda untuk menjana wang lumayan kerana Kurma Ajwa Aliyah merupakan produk berkualiti yang mendapat permintaan tinggi daripada orang ramai.

Testimoni pelanggan yang membeli 7 pek Kurma Ajwa Aliyah
Testimoni pelanggan yang berpuas hati

Supreme Foods amat menitikberatkan tentang kualiti Kurma Ajwa Aliyah bagi memberikan pengalaman rasa kurma yang terbaik kepada setiap pelanggan. Jadi, tidak mustahil produk ini akan mendapat sambutan hangat sepanjang bulan Ramadan.

Berikut memaparkan juga perkongsian daripada stokis Seremban, Mohd Nazmi Rodzlan yang menceritakan bagaimana beliau sertai Supreme Foods dan berjaya menjual sebanyak 5 karton Kurma Ajwa Aliyah dalam masa seminggu.

2. Kelengkapan pemasaran semua disediakan pihak HQ

Apabila anda menyertai Supreme Foods, anda tidak perlu risau lagi tentang bahan pemasaran untuk melakukan promosi. Pihak HQ ada menyediakan anda semua kelengkapan pemasaran dalam bentuk poster serta ayat jualan.

Anda hanya perlu berkongsikannya di platform media sosial. Mudah bukan?

3. Margin keuntungan yang berbaloi

Satu kelebihan yang tidak sepatutnya dilepaskan oleh anda yang ingin menjana pendapatan bersama Supreme Foods ialah setiap ejen akan peroleh komisyen yang berbaloi dari keseluruhan penjualan di mana anda boleh memperolehi RM5 untuk setiap pek yang dijual.

Apabila anda berjaya menjual lebih 4 pek Kurma Ajwa Aliyah, setiap 4 pek yang dijual akan dikira sebagai RM25 untuk komisyen.

4. Supreme Foods menyediakan kelas coaching mingguan kepada semua ejen

Kami percaya ada antara anda yang mahu berniaga tetapi tidak tahu bagaimana caranya untuk memulakan perniagaan. Bersama Supreme Foods, anda tidak perlu risau kerana pihak HQ akan menyediakan kelas coaching secara dalam talian melalui grup Telegram dan Facebook kepada semua ejen.

Pihak HQ akan mengajar anda ilmu dan tips perniagaan secara terperinci.

5. Proses pembelian yang mudah

Dengan sertai Supreme Foods, setiap ejen akan diberikan link affiliates di mana mereka boleh transfer sendiri pembayaran dalam bank dan kemudian memasukkan data pelanggan melalui link masing-masing.

Lebih menarik lagi, ejen hanya perlu mengongsikan link affiliates pada setiap platform media sosial dan pelanggan boleh membuat pembelian melalui link tersebut. Sungguh mudah! Duduk rumah goyang jari sahaja.

6. Kurma Ajwa Aliyah turut digemari selebriti dan personaliti TV tanah air

Personaliti TV Maria Tunku Sabri turut membeli Kurma Ajwa Aliyah dengan Supreme Foods dan terbukti bahawa beliau juga menyukai buah kurma tersebut.

Seperti apa yang dikatakan Maria, setiap pek Kurma Ajwa Aliyah disertakan sekali resepi susu kurma kepada sesiapa yang lebih suka minum kurma.

Selain itu, penyampai radio Hot FM Haziq Hussni juga mengamalkan makan kurma sebanyak tiga biji setiap hari. Apabila diperkenalkan Kurma Ajwa Aliyah, Haziq pun mula makan tak lebih tujuh biji kurma setiap hari kerana kesedapan Kurma Ajwa Aliyah itu sendiri.

7. Dapat beramal sambil berniaga

Untuk pengetahuan anda, Supreme Foods mengadakan Program Sedekah #KongsiKurma di mana pelanggan dapat memberikan sumbangan Kurma Ajwa Aliyah kepada rumah-rumah kebajikan di Malaysia.

Dalam Program Sedekah #KongsiKurma, pelanggan boleh memberikan wang sumbangan yang berjumlah minima RM5 untuk 1 pek Kurma Ajwa Aliyah dan 15% dari harga keseluruhan sekiranya sumbangan dalam jumlah pukal.

Sekiranya anda berminat untuk menjadi ejen Supreme Foods, isi maklumat di SINI dan anda sudah boleh mula menjadi dropship Supreme Foods.

Cara-cara untuk menyertai Supreme Foods:

Untuk menyertai program affiliates Supreme Foods, anda hanya perlu mengisi borang di SINI. Kemudian, kongsikan link yang disediakan kepada semua platform yang dikehendaki untuk mendapatkan pelanggan.

Sekiranya anda memerlukan bantuan, sertai grup Telegram Supreme Foods di SINI dan pihak HQ akan membantu anda dalam proses pendaftaran.

Cara penyimpanan Kurma Ajwa Aliyah adalah pada suhu bilik dan perlu dielakkan dari terdedah kepada cahaya matahari. Satu pek boleh bertahan selama 2 tahun.

Khasiat Kurma Ajwa Aliyah

Seringkali dimakan pada waktu sahur dan juga waktu berbuka puasa, buah kurma sebenarnya terdiri daripada pelbagai jenis. Namun, tahukah anda buah kurma sebenar yang menjadi pilihan Nabi Muhammad S.A.W. adalah kurma Ajwa Aliyah?

Menurut Hadis Riwayat Muslim, sesungguhnya pada kurma Ajwah Aliyah itu ada ubat penyembuh atau ia merupakan ubat penawar bagi racun apabila dimakan pada awal pagi.

Rasa Kurma Ajwa Aliyah yang tiada tandingannya

Selain itu, kurma Ajwa Aliyah juga mempunyai beberapa manfaat terhadap kesihatan. Kajian mendapati bahawa kurma adalah sumber tenaga yang terbaik di samping meningkatkan kesihatan tubuh badan. Antaranya ia dapat mengawal tahap kolestrol dan tekanan darah.

Terdapat keunikan signifikan pada kurma jenis Ajwa Aliyah ini yang dapat membezakannya dari kurma lain di mana ia terdapat beberapa serat putih kelihatan di bahagian bawah buah kurma Ajwa Aliyah. Buah kurma tersebut juga mempunyai rasa berbeza daripada kurma yang lain iaitu gabungan rasa manis, masin dan berlemak yang pastinya menjadi kegemaran setiap generasi termasuk kanak-kanak.

Bila sudah rasa Kurma Ajwa Aliyah, pasti akan nak lagi.

Tidak seperti kurma jenis lain, kurma Ajwa Aliyah perlu dijaga kualitinya dengan ketat. Oleh itu, Supreme Foods menyediakan pek zip-lock dan dalam kuantiti yang terjaga untuk mengekalkan kualiti yang optimum.

Pek Kurma Ajwa Aliyah yang ringan dan kecil sesuai dibawa ke mana jua

Dibungkus dalam pek zip-lock yang ringan dalam saiz kecil, ia sesuai untuk dibawa ke mana jua dan juga sesuai dijadikan sebagai buah tangan.

Diimport dari Madinah Al-Munawarrah, kurma Ajwa Aliyah ini pasti dapat memberikan banyak manfaat kepada semua lapisan masyarakat di Malaysia.

Memandangkan buah kurma mendapat sambutan hangat pada setiap bulan Ramadan, ini merupakan peluang keemasan untuk menjana pendapatan dengan menjadi ejen Supreme Foods.

Sertailah Supreme Foods sekarang dan jana duit raya sebanyak RM30,000 menjelang Syawal

Jadilah ejen affiliates Supreme Foods sekarang dengan isi maklumat di SINI dan anda sudah boleh mula berniaga dengan Kurma Ajwa Aliyah secepat mungkin.

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh kunjungi laman media sosial rasmi Supreme Foods:

Instagram: https://www.instagram.com/supremefoodsmy/

Facebook: https://www.facebook.com/supremefoodsmy

Twitter: https://twitter.com/supreme_foods/

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca