Supaya Tidak Bercanggah Dengan Fahaman Komunis, China Akan Tulis Semula Al-Quran Dan Bible?

Krisis penindasan terhadap etnik minoriti Muslim Ughyur di China masih tidak menemui tanda nokhtahnya.

Sebelum ini, kerajaan China telah mengeluarkan kenyataan menafikan sebarang keganasan yang dikatakan berlaku ke atas masyarakat Ughyur. Malah, mereka juga menyatakan bahawa kem tahanan yang dibina bukanlah sebuah penjara tetapi sebuah institusi pendidikan semula.

Namun begitu, satu laporan lain mengatakan China kini bakal menulis semula kitab suci Al-Quran dan Bible demi menerapkan nilai-nilai sosialis.

Menurut sumber, edisi terbaru kitab-kitab ini tidak akan mempunyai apa-apa kandungan yang tidak selari dengan fahaman Parti Komunis. Perenggan-perenggan yang ‘salah’ akan dipinda atau diterjemahkan semula.

Meskipun pihak tersebut tidak menyebut secara spesifik mengenai kitab apa yang bakal digubal, parti terbabit telah mengisytiharkan satu penilaian semula akan dijalankan ke atas agama-agama sedia ada kerana ia sudah lama dan tidak seiringan dengan zaman moden.

Perintah berkenaan dikeluarkan pada November lalu semasa satu mesyuarat yang diadakan oleh Committee for Ethnic and Religious Affairs of the National Committee of the Chinese People’s Political Consultative Conference yang bertugas untuk mengawasi hal-hal berkaitan etnik dan agama di negara terbabit.

Seramai 16 orang pakar dan wakil daripada agama-agama berbeza dari Parti Komunis China telah menghadiri persidangan yang diketuai oleh Wang Yang yakni pengerusi Chinese People’s Political Consultative Conference.

“Dengan mengubal semula buku-buku keagamaan, kami dapat menghalang segala pemikiran radikal yang mampu menggugat negara,” katanya.

Untuk membaca artikel lain mengenai penindasan yang dialami etnik minoriti di China, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca