Suntikan Vaksin COVID-19 Dos Ketiga Akan Mula Diberikan Awal Oktober Ini

Suntikan dos ketiga vaksin COVID-19 dijangka akan mula diberikan bermula awal Oktober ini.

Perkara tersebut telah dilaporkan oleh Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang merupakan Menteri Kesihatan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut memaklumkan bahawa kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan pemberian suntikan dos ketiga vaksin COVID-19.

Perdana Menteri turut menyatakan bahawa keutamaan pemberian suntikan dos ketiga ini akan diberikan kepada kumpulan berisiko tinggi terlebih dahulu.

Hal ini juga termasuklah anggota barisan hadapan kesihatan, warga tua dengan komorbiditi , pesakit kurang daya imun (imunocompromised) serta individu yang tinggal atau bekerja di pusat jagaan jangka panjang.

Menurut Menteri Kesihatan, kerajaan masih belum memberikan kata putus sama ada akan memberi dos ketiga ini kepada semua individu.

Namun begitu, keputusan akan dibuat hasil daripada perbincangan serta nasihat pakar kelak.

“Buat masa ini, kita sedang mendapatkan maklumat daripada pengeluar vaksin untuk didaftar di bawah Bahagian Regulatori Farmasi (NPRA), dos ketiga ini perlu mendapat kebenaran NPRA kerana NPRA cuma beri kebenaran seperti Pfizer dua dos sahaja, AstraZeneca dua dos dan Sinovac dua dos.”

Tambahnya lagi, Menteri Kesihatan telah meminta semua pengeluar vaksin untuk hantar maklumat dos ketiga ini kepada NPRA dan dijangka dalam tempoh masa seminggu atau dua ini akan diluluskan.

Setelah kelulusan diberikan, pengumuman tentang jenis vaksin, adakah vaksin boleh dicampurkan serta adakah vaksin yang bakal diambil adalah jenis yang sama atau tidak, akan dibuat.

Menurut Menteri Kesihatan, keputusan untuk pemberian dosan ketiga ini tidak bermakna bahawa suntikan dua dos sebelum ini tidak berkesan.

Jelasnya, banyak negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Singapura sudahpun memulakan pemberian dos ketiga untuk meningkatkan sistem imun kita terhadap COVID-19.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca