Sungguh Cantik Dan Berseni, Ini 3 Foto Papar Tulisan Tangan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee

Seniman terkenal tanah air, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee sememangnya diminati oleh seluruh masyarakat nusantara.

Dengan kelebihan dan pelbagai bakat yang dimiliki oleh beliau secara tidak langsung mengekalkan namanya di industri hiburan sehingga digelar sebagai seniman agung tanah air. Sehingga kini, kesemua karya seninya masih menjadi pujaan dan hiburan rakyat nusantara.

Tahukah anda? Selain berkebolehan menjadi penyanyi, pelakon, pengarah dan pemuzik terhandal, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee ternyata mempunyai bakat tulisan yang sangat cantik dan berseni.

Bersempena ulang tahun penubuhan Orkestra Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang ke-50 (1961-2011), tulisan tangan Allahyarham P. Ramlee telah dimasukkan ke dalam sebuah buku bertajuk Gemilang 50 Tahun Orkestra RTM.

Menerusi laporan Vocket, tulisan tangan Allahyarham ini telah didedahkan sendiri oleh perunding konsep dan penyelaras buku menerusi laman Facebook peribadi beliau iaitu Rosli Mohd Nordin.

Antara kandungan buku yang memaparkan tulisan tangan Allahyarham P. Ramlee ialah warkah yang merujuk kepada keterangan mengenai undangan beliau terhadap ahli Orkestra RTM untuk menjayakan rakaman di King’s Studio, Petaling Jaya. Berikut penulis kongsikan foto yang memaparkan tulisan tangan Allahyarham P. Ramlee menerusi buku yang diterbitkan.

Kesimpulannya, dapat kita lihat betapa cantiknya penulisan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Maka, tidak hairanlah jika beliau digelar sebagai seniman terulung sepanjang zaman.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca