Sultan Selangor Dijangka Hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Esok

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dijangka akan menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja esok.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan sumber, baginda mungkin akan berangkat ke mesyuarat yang dijangka akan berlangsung sebelum solat Jumaat.

Difahamkan, mesyuarat itu berkemungkinan diadakan bagi membincangkan keadaan politik semasa terutamanya pelantikan Perdana Menteri dan pembentukan kabinet baharu.

Terdahulu, Perdana Menteri interim, Tun Dr. Mahathir Mohamad selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Istana Negara, pagi ini.

Dr. Mahathir dikatakan menghadap Yang di-Pertuan Agong selama 70 minit dipercayai bagi membincangkan mengenai jawatan Perdana Menteri kelapan.

Untuk membaca artikel lain berkaitan isu politik semasa, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca