Susulan kejadian rusuhan yang berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman pada Isnin yang lalu, salah seorang anggota bomba dan penyelamat, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, telah diserang sehingga cedera parah.
Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, telah mencemar duli bagi menziarahi anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, di Institut Jantung Negara (IJN), di sini, hari ini.
Semalam, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohammad turut hadir bagi melawat mangsa di IJN.
Terdahulu, Kementerian Kesihatan dan IJN masih dalam proses untuk menyediakan laporan perubatan Muhammad Adib.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata pihaknya yakin ia dapat dilaksanakan dalam masa terdekat.
Katanya, laporan itu penting bagi mengenal pasti tahap dan punca kecederaan dialami mangsa.
Sumber: Berita Harian Online