Ramai antara kita pernah mengalami masalah Insomnia atau bahasa mudah, masalah tidur. Pada yang jarang-jarang mengalaminya, mungkin bukan masalah tetapi pada yang terlalu kerap dan mengalaminya sepanjang masa, ini adalah sesuatu yang perlu dirisaukan.
Ketahui punca yang menyebabkan Insomnia.
Tidur dengan lampu terpasang
Tidur dengan lampu terpasang membuatkan badan secara automatik akan berjaga sepanjang malam walaupun anda merasakan dapat tidur dengan lena.
Ini menyebabkan badan menjadi penat kerana tidak mendapat rehat yang cukup. Cuba tidur dalam keadaan yang gelap. Jika tidak biasa, mulakan dengan kurangkan cahaya terlebih dahulu.
Terlalu banyak berfikir
Setiap orang pasti ada hal yang selalu difikirkan. Tetapi, jangan terlalu dibawa sampai ke tempat tidur.
Jika terlalu banyak berfikir sebelum tidur, tanpa kita sedari kita akan mengingatinya meskipun dalam separa sedar.
Pastikan fikiran benar-benar relaks dan tenang serta bebas dari memikirkan macam-macam perkara sebaik saja baring. Sebaiknya lupakan saja segala perkara yang tidak penting.
Tidur dalam keadaan panas
Elakkan tidur dalam keadaan yang panas.
Tidur di dalam keadaan yang sejuk dan nyaman sangat selesa, malah sangat mudah untuk terlena.
Mengambil minuman kafien sebelum tidur
Kafein di dalam minuman seperti teh dan kopi merangsang otak ia menjadikan sukar untuk tidur dan berehat. Amalkan minum susu hangat sebelum tidur kerana ia dapat memudahkan untuk tidur.
Berhenti bermain dengan gajet
Apabila kita terlalu asyik dengan peralatan gajet seperti telefon bimbit dan komputer riba, kita mungkin telah terlajak masa tidur yang sepatutnya.
Pastikan segala urusan kerja ataupun media sosial selesai sebelum waktu tidur yang sepatutnya.
Masih belum terlambat untuk mengubah corak tidur yang lebih sihat. Malam adalah waktu untuk berehat dan bukan berjaga. Menikmati tidur yang berkualiti menjadikan tubuh kita lebih segar dan dapat meningkatkan taraf kesihatan badan.
Diingatkan, jangan sesekali mengambil ubat tidur jika mengalami masalah insomnia atau kesukaran untuk tidur malam. Tabiat ini berisiko untuk ketagihan dan boleh menjejaskan kesihatan sebaiknya anda dapatkan bantuan daripada pakar kesihatan.