Sukar Untuk Dapatkan Buluh, Pemuda Ini Kongsi Resipi Mudah Buat Lemang Guna Cawan

Tidak dinafikan lemang adalah juadah yang popular ketika menjelangnya Aidilfitri. Lemang lebih dianggap sebagai makanan yang melambangkan kemeriahan dan hubungan silaturahim antara sesama manusia.

Jika tiada lemang di pagi raya, ia diibaratkan sebagai memakan nasi tanpa lauk-pauk. Kini, lemang bukan sahaja dimakan pada hari raya, malah juga dimakan pada hari biasa.

Namun, keterbatasan disebabkan PKP amat menyukarkan buat mereka untuk mencari buluh lemang di hutan, lebih-lebih lagi bagi mereka yang menetap di bandar.

Kini, anda tidak perlu risau kerana anda boleh membuat lemang menggunakan cawan.

Dengan menggunakan nama akaun Instagram @lamlammakan, seorang pemuda telah memuat naik satu hantaran mengenai resipi untuk membuat lemang menggunakan cawan.

Melalui perkongsian tersebut, pemuda itu telah menyenaraikan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat lima buah lemang bersaiz cawan kecil.

Antara bahan-bahannya adalah:

  • 2 cawan beras pulut (dicuci dan ditapis)
  • 2 cawan santan air (ataupun 1 cawan santan pekat + 1 cawan air)
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

Menurutnya, selepas masukkan santan seeloknya hentakkan sedikit cawan supaya lemang akan menjadi lebih padat. Ini adalah resipi mudah yang anda boleh cuba sendiri di rumah.

Untuk melihat proses pembuatan lemang menggunakan cawan ini, anda boleh klik di sini.

Sebelum ini, kami pernah kongsikan resipi membuat roti loaf ‘homemade’. Untuk baca artikel tersebut dan resipi-resipi lain, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca