Sukan Olimpik Dan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 Ditangguh Ke 2021 Akibat COVID-19

Sukan Olimpik dan Paralimpik 2020 di Tokyo akan ditangguhkan selama setahun susulan penularan wabak COVID-19 yang kian membimbangkan.

Perdana Menteri Jepun iaitu Shinzo Abe mengatakan bahawa Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach bersetuju dengan cadangan Jepun untuk menangguhkan acara sukan yang berlangsung empat tahun sekali itu.

“Cadangan saya ialah menangguhkannya setahun dan Presiden (IOC) telah memberikan persetujuan,” kata Abe.

Penangguhan ini juga turut membabitkan Sukan Paralimpik Tokyo.

“Ini sekali gus akan membolehkan para atlet untuk membuat persiapan yang terbaik dan akan menjadikan acara ini selamat untuk atlet dan penonton,” tambah beliau lagi.

Difahamkan, persetujuan itu hadir selepas Persatuan Olimpik British (BOA) bermesyuarat pada Selasa bagi membincangkan perkara berkenaan.

Untuk rekod, ini merupakan kali pertama Sukan Olimpik ditangguhkan. Sebelum ini, ia hanya dibatalkan sepenuhnya sewaktu tempoh peperangan iaitu pada tahun 1916, 1940 dan 1944.

Untuk baca artikel lain berkenaan penularan wabak COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca