Macam biasa, masuk sahaja bulan baru, pasti ramai yang mengatakan bahawa cepatnya masa berlalu. Seolah-olah baru semalam kita menyambut tahun baru, tahu-tahu sudah masuk bulan 6.

Mereka yang menyambut kelahiran pada bulan ini mesti berasa teruja. Mana tidaknya, pasti banyak hadiah yang sedang menanti, lagi-lagi daripada orang yang tersayang. Tambahan lagi, Aidilfitri pun jatuh pada bulan ini.

Jika ada di antara anda semua yang mengenali sesiapa yang lahir pada bulan Jun, atau mungkin anda sendiri yang meyambut kelahiran pada bulan ini, agak-agak macam mana personaliti mereka yang berbintang Gemini dan Cancer ini? Sebelum ini, kami pernah kongsikan 15 karakter mereka yang lahir pada bulan Mac, April dan juga Mei.

Kali ini, kami kongsikan pula 15 karakter mereka yang lahir pada bulan Jun menurut kajian daripada Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah:

1. Seorang yang berfikiran jauh dan berwawasan.

2. Seorang yang sangat lemah lembut.

3. Mudah berubah sikap, sekejap gembira dan sekejap moody.

4. Idea sering mencurah-curah.

5. Sensitif orangnya.

6. Mempunyai otak yang aktif iaitu sentiasa berfikir.

7. Suka menangguh-nangguh dalam melakukan sesuatu perkara.

6. Bersikap terlalu memilih dan mahukan yang terbaik.

7. Seorang yang cepat marah tetapi cepat sejuk.

8. Suka bercakap dan berdebat.

9. Gemar membuat lawak dan bergurau.

10. Selalu berangan-angan.

11. Mudah berkawan dan pandai bergaul.

12. Seorang yang sangat tertib.

13. Sukakan barangan berjenama.

14. Cepat rasa bosan terhadap sesuatu perkara atau seseorang.

15. Seorang yang sangat cerewet.

Walau bagaimanapun, karakter-karakter ini cuma berdasarkan kajian dan pemerhatian sekeliling sahaja. Mungkin tidak 100 peratus sama tetapi ada juga yang seakan-akan sama dengan personaliti mereka yang lahir pada bulan Jun ini. Jadi, ada tak karakter-karakter di atas yang mencerminkan peribadi anda semua wahai June babies?

Ikuti Kami Di Ruang Internet Anda
Sumber:

SINAR

0
like
0
love
0
haha
0
wow
0
sad
0
angry