Suka Tonton Drama Korea, Rossa Akhirnya Terbitkan Drama Mini Siri

Datuk Rossa atau nama sebenarnya Rossa Roslaina Sri Handiyani sudah 10 tahun bergelar penyanyi. Kini Rossa ingin mencuba nasib menceburkan diri ke dalam bidang penerbitan.

Minatnya terhadap drama korea akhirnya menjadikan dia penerbit eksekutif untuk mini siri yang bertajuk Masih (Cinta) Terbaik.

”Kerana suka drama Korea, jadi saya mahu buat cerita sendiri dan pelakon seperti itu dan ini. Susah, kerana ini adalah baru kali pertama yang memerlukan saya lebih banyak belajar,” katanya.

Rossa memberitahu bahawa dia bekerjasama dengan MAV Production Asia untuk membuat mini siri itu.

Sumber : MStar

“Jadi kerjasama mesti ada kerana mereka sudah profesional. Saya juga banyak belajar, ternyata casting seperti apa yang harus disesuaikan dengan watak, beberapa kali saya meminta skrip dan dialog untuk dibetulkan,” katanya lagi.

Melalui projek ini juga, Rossa turut melancarkan single terbaharunya iaitu yang bertajuk Masih.

Terangnya lagi, lagu ‘Masih’ ada pada episod kedua iaitu pada tarikh 11 Mac. Lagu itu diciptakan oleh Yovie Widianto dan Nino dan sudah boleh didengari di pelbagai platform. Rossa memohon doa daripada semua kawan-kawannya.

Mini siri Masih (Cinta) Terbaik ini menceritakan kisah Adrian dan Tiara yang meraikan ulang tahun pertama hubungan mereka. Apabila cinta diantara kedua-duanya semakin besar, mereka terpaksa dipisahkan dengan jarak.

Untuk membaca lebih banyak artikel lain, anda boleh klik pada pautan di bawah :

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca