Seorang wanita mempunyai tabiat pelik iaitu suka menyimpan kuku panjang dan mewarnakannya untuk kelihatan cantik.
Namun disebabkan tabiat pelik itu, Arinda Storm Weaver kini berdepan kesukaran untuk memakai kasut kerana kuku kakinya terlalu panjang sehingga melengkung.
Tetapi, masalah itu tidak melunturkan semangat Arinda untuk terus menggemari hobi tersebut.
Bekerja sebagai akauntan di sebuah syarikat pembuatan, wanita yang berusia 58 tahun itu telah disahkan menghidap kanser payudara pada 2006.

Arinda kemudiannya berhenti kerja dan menjual video mengenai kuku dan tangannya selepas mendapat pelbagai komen di MySpace.
“Saya menyertai komuniti kuku dan mendapati saya boleh buat duit daripada tabiat ini. Jadi saya biarkan saja kuku saya panjang.
Kuku kaki saya unik sekali gus menjadikannya lebih popular berbanding kuku tangan,” katanya.
Untuk baca lebih banyak artikel berkenaan tabiat pelik, anda boleh klik pada pautan di bawah: