Suka Mencium Bantal Busuk? Ini 6 Risiko Yang Anda Perlu Tahu

Memiliki bantal busuk bukanlah satu perkara yang pelik. Bagi mereka yang memiliki bantal busuk ini, ia boleh diibaratkan sebagai satu benda penting yang sangat diperlukan untuk tidur lebih nyenyak dan lena.

Ramai yang menyifatkan individu yang mempunyai bantal busuk ini sebagai seorang yang bersifat manja dan comel selain tidak mampu berdikari ekoran kebergantungan terhadap objek ini.

Walau bagaimanapun, anda perlu tahu bahawa bantal busuk tersebut berkemungkinan mempunyai mikroorganisma yang boleh memberi kesan kepada kesihatan dan kehidupan seharian anda. Mari kami kongsikan 6 risiko bagi anda yang memiliki atau suka mencium bantal busuk.

1. Gangguan tidur

Kulat yang wujud pada bantal busuk mungkin boleh menyebabkan gangguan tidur khususnya apnea tidur obstruktif (Obstructive Sleep Apnoea) iaitu pernafasan terhenti ketika sedang tidur.

2. Menimbulkan masalah kulit

Bantal busuk yang tidak dicuci dengan baik atau secara berkala akan mengakibatkan debu dan habuk terperangkap di dalamnya.

Akibatnya, ia akan menjejaskan kulit badan lalu timbul masalah kulit seperti jerawat dan jeragat.

Bagi anda yang kerap keluar rumah, partikel debu dan habuk memang mudah melekat pada badan lebih-lebih lagi dengan pemakaian losyen atau kosmetik.

3. Peluh

Peluh manusia boleh mengakibatkan penyakit dan jangkitan seperti staphylococcus dan saprophyticus. Ia boleh merebak melalui liang pori kulit badan.

Jika anda tidur bersama pasangan atau individu lain, risiko dijangkiti adalah lebih tinggi.

4. Mengakibatkan jangkitan

Bakteria bernama Staphylococcus aureus akan menyebabkan jangkitan ‘Staph’ yang mungkin jarang berlaku namun boleh mengakibatkan kematian.

Selain itu, bakteria Bacteroides pula boleh menyebabkan jangkitan radang paru-paru dan apendiks.

Tidak lupa juga bakteria bernama fusobacteriaceae dan neisseriaceae yang boleh menjejaskan imuniti kepada penyakit jangkitan kelamin khususnya gonorea.

5. Alahan

Hama adalah pepijat kecil yang wujud di kawasan berdebu dan berhabuk termasuklah kelengkapan tidur yang tidak dicuci dengan baik serta secara berkala.

Kesannya, ia akan mencetuskan alahan yang mungkin mengakibatkan simptom seperti mata merah dan gatal, hidung berair, asma, lelah serta gangguan pernafasan.

6. Penyakit akut

Kulat bernama Aspergillus fumigatus akan menyebabkan kondisi Aspergillosis yang boleh mengundang maut jika terkena pada penderita leukemia dan HIV/AIDS.

Untuk pengetahuan, kelengkapan tidur ini berisiko mengakibatkan maut yang mengejut khususnya buat golongan kanak-kanak.

Ia adalah disebabkan oleh kondisi bernama Sudden Infant Death Syndrome (SIDS) yang boleh berlaku akibat bahagian muka tertindih atau terhempap dengan bantal.

Ini sekali gus menyebabkan mereka tidak mampu untuk bernafas apatah lagi untuk meminta tolong kerana mereka mungkin sedang tidur atau masih kecil untuk bersuara.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua terutamanya bagi anda yang memiliki atau suka mencium bantal busuk.

Dalam pada itu, seluruh team Lejen Digital ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru orang ramai agar mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan bagi membendung penularan virus COVID-19. Untuk baca artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca