Suka Melancong? Ini 6 Gambar Wajib Ketika Melancong

Melancong ke negara luar atau dalam negara sendiri pasti menyeronokkan. Seseorang itu pasti mengambil gambar dengan begitu banyak sekali tetapi pastikah gambar tersebut sempurna untuk diletakkan dalam media sosial anda? Bukan senang untuk berpatah balik hanya untuk mengambil gambar yang sempurna.

Berikut adalah gambar yang wajib ditangkap ketika melancong:

1. Pasport dan tiket kapal terbang

Setiap kali melancong menaiki kapal terbang adalah wajib untuk mengambil gambar tiket berserta pasport atau tiket sahaja.

2. Gambar sayap kapal terbang

Sesiapa yang hendak menaiki kapal terbang pasti akan berlumba-lumba untuk mendapatkan tempat duduk tepi tingkap. Hal ini kerana, pemandangan dari atas kapal terbang sangat memukau.

3. Papan tanda selamat datang

Jika melancong ke negara lain, pasti akan terjumpa papan tanda selamat datang. Peluang ini jangan dilepaskan kerana setiap negara mempunyai berlainan papan tanda. Jika anda melancong ke 10 buah negara dan mengambil gambar papan tanda ini maka 10 negara sudah anda lawati dan anda boleh masukkan gambar ke dalam media sosial.

4. Bangunan yang cantik

Gambar bangunan yang cantik pasti menimbulkan tanda tanya pengikut di media sosial kerana bangunan tersebut bukan di Malaysia. Terdapat bangunan yang cantik dan pelik di serata dunia.

5. Makanan tradisional

Makanan tradisional sesebuah negara sangat unik daripada segi cara dibuat sehingga dihidangkan. Jika anda mengambil gambar pasti akan membuatkan anda teringin untuk merasainya di masa hadapan.

6. Gambar bersama penduduk tempatan

Setiap kali melancong pasti akan berjumpa dengan penduduk negara tersebut. Kebanyakan penduduk di Korea atau Jepun pasti akan memakai pakaian tradisional untuk pelancong mengambil gambar dan dalam masa yang sama memperkenalkan budaya mereka di mata dunia.

Setiap kali melancong mesti kena ambil gambar yang cantik untuk dibuat kenangan.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca