Suka Hati Guna Piramid Giza Untuk Dedah Jantina Anak, YouTuber Ini Berdepan Tindakan Undang-Undang

Seorang YouTuber bernama Siamand Mustafa bakal berdepan tindakan undang-undang di Mesir selepas berkongsi video mendakwa dia telah menggunakan Piramid Giza dalam pesta untuk mendedahkan jantina anaknya yang bakal lahir.

Sumber: YouTube Siamand & Shahad

Menerusi video yang dimuat naik lapan hari lalu, anda dapat melihat Piramid Giza yang bertukar warna biru semata-mata untuk mengumumkan jantina cahaya matanya.

Dalam video itu, Siamand dan isterinya Shahad menuju ke Piramid Giza bersama anak perempuan mereka dan beberapa rakan lain. Selepas itu, mereka dilihat berdiri di hadapan Piramid Giza sambil menyaksikan lampu berkelip melintasi piramid sebelum menjadi gelap dan akhirnya bertukar menjadi biru. Mereka kemudiannya mula bersorak dan berteriak sementara Siamand dan Shahad kelihatan gembira dan emosional.

Sumber: YouTube Siamand & Shahad

Pesta pendedahan jantina anak Siamand itu bagaimanapun tidak menerima reaksi yang baik daripada pihak berkuasa Mesir. Lelaki itu turut didakwa telah memanipulasi orang lain.

Ini kerana Mohamed Abdelaziz iaitu individu yang bertanggungjawab menjaga bunyi dan lampu Piramid Giza menjelaskan bahawa acara yang dilakukan oleh YouTuber itu adalah palsu dan tidak sah.

Beliau menjelaskan bahawa Piramid Giza memang dinyalakan warna biru atas arahan Kementerian Pelancongan dan Kementerian Kesihatan Mesir untuk menyambut Hari Hepatitis Sedunia yang diadakan pada 28 Julai lalu.

Mohamed kemudiannya menjelaskan bahawa Piramid Giza tidak dibuka kepada pihak swasta dan beliau tidak mengenali siapa Siamand. Atas sebab itu, tindakan undang-undang akan diambil terhadap pasangan berkenaan.

Bekas Penasihat Menteri Pelancongan Mesir, Walid Al-Batouti menyatakan bahawa tindakan YouTuber itu mendakwa Piramid Giza dinyalakan untuk mendedahkan jantina anak mereka adalah palsu dan hanya mahu mengejar populariti sahaja.

Anda boleh tonton video pendedahan jantina anak Siamand di bawah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan YouTuber, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca