Sugu Pavithra Terima Kad Ucapan Dan Hadiah Tripod Daripada Perdana Menteri

Bagi masih yang tidak mengenali, Sugu Pavithra merupakan seorang suri rumah berbangsa India yang gemar berkongsi video memasaknya di saluran YouTube.

Pavithra telah berjaya menarik perhatian warganet dengan menghasilkan video masakan berkonsepkan resipi ringkas dan penyampaian yang bersahaja. Dia sekeluarga digemari orang ramai kerana amat fasih berbahasa Melayu.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga turut memberi perhatian kepada pencapaian Pavithra, sehinggakan beliau terpanggil untuk menyampaikan ucapan penghargaan buat Pavithra sekeluarga.

Perdana Menteri telah berbesar hati menghadiahkan Pavithra tripod dan beberapa barangan elektrik lain berserta kad ucapan yang telah diabadikan dalam sebuah bingkai gambar.

Memetik laporan Bernama TV, Pavithra tidak menyangka akan menerima penghargaan daripada Perdana Menteri.

“Kami hanya orang biasa, tidak pernah berharap akan dapat hadiah daripada Perdana Menteri, terima kasih,” kata ibu kepada dua orang anak itu.

Menurutnya lagi, “semasa ada orang datang hantar ke rumah, saya tidak percaya kerana siapalah saya, sampailah akak (wartawan Bernama) telefon saya untuk bertanya hadiah telah diterima atau belum.”

Pavithra yang berasal dari Buntong, Ipoh itu juga mengakui bahawa dia ‘agak sibuk’ melayan sekurang-kurangnya 20 panggilan telefon setiap hari sama ada untuk menemu ramah atau menghantar barangan berupa bahan makanan mahupun perkakas elektrik.

Sumber: Bernama

Bagi Pavithra, penghargaan yang diterima daripada Perdana Menteri serta pengikut akaun YouTubenya akan dijadikan sebagai perangsang dan motivasi untuk terus memuat naik kandungan video memasak bagi manfaat bersama.

Sebelum ini, kami ada kongsikan kisah yang hampir sama dengan cerita di atas. Untuk baca artikel penuh, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca