Sudahlah Menumpang Di Negara Orang, Lelaki Bangladesh Ini Berani Cabul Kanak-Kanak Perempuan

Seorang lelaki warga Bangladesh disyaki mencabul kanak-kanak perempuan berusia lima tahun kini sedang diburu oleh pihak polis dek tindakannya yang keji itu.

Kejadian yang berlaku di sebuah kedai penjualan langsir di Pusat Perniagaan Nilai 3, Negeri Sembilan itu terbongkar apabila kanak-kanak terbabit menceritakan apa yang dialaminya kepada si ibu sebelum wanita itu tampil membuat laporan polis pada 9 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, wanita yang berusia 37 tahun itu mendakwa anak perempuannya berusia lima tahun itu mengadu dicabul kira-kira pada jam 10 malam hari berkenaan.

“Mangsa mendakwa dirinya dicabul oleh lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Alam ketika berada di premis tempat ibunya bekerja.

“Suspek ternyata merupakan seorang pekerja di kedai langsir yang terletak bersebelahan dengan kedai ibu mangsa bekerja. Difahamkana bahawa mereka juga saling mengenali antara satu sama lain sejak enam tahun lalu. Malah, suspek dikatakan sering bermain dengan mangsa ketika berada di kedai,” kata Mohd Nor Marzukee.

Menurut Mohd Nor Marzukee, polis segera melakukan siasatan sebaik sahaja laporan diterima oleh pihaknya.

“Siasatan mendapati bahawa kejadian yang dipercayai berlaku di belakang premis wanita itu bekerja turut dijadikan sebagai tempat rehat,” tambah beliau.

Pihak polis yang secara langsung menjalankan siasatan ke rumah suspek mendapati pelaku telah melarikan diri.

Kes ini telah disiasat mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca